Pages

Friday, July 16, 2010

Nyatakan Proses Penggubalan Undang-undang oleh Parlimen

Proses penggubalan undang-undang oleh Parlimen bermula dengan cadangan oleh kementerian. Diikuti oleh penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara. Kemudian bacaan pertama di Dewan Rakyat iaitu membaca tajuk. Seterusnya bacaan kedua dan rang undang-undang dibahaskan. Perbincangan secara terperinci pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. Ini diikuti Bacaan ketiga di Dewan Rakyat dan dibahaskan semula sebelum diluluskan. Pembentangan di Dewan Negara sebelum diluluskan. Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Rang undang-undang diwarta dalam Warta Kerajaan.


Contoh jawapan esei


BAB 7

Jelaskan ciri-ciri Dewan Rakyat

Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh keanggotaan Dewan Rakyat ialah lima tahun dan berumur sekurang-kurangnya 21 tahun. Dewan Rakyat berfungsi menggubal undang-undang.

Friday, July 9, 2010

Contoh jawapan esei

Apakah yang dimaksudkan dengan badan perundangan?

Maksud badan perundangan ialah Parlimen. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Badan Perundangan berfungsi menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan. Undang-undang yang digubal oleh badan perundangan dikenali sebagai Akta.

Jelaskan ciri-ciri Dewan Negara.

Dewan Negara merupakan dewan tertinggi. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara bergelar Senator. Senator mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa melalui pilihanraya. Seorang senator memegang jawatan selama tiga tahun. Mereka mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf senator sama dengan ahli parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Ahli Dewan Negara dilantik Yang di-Pertuan Agong daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dalam bidang profesional atau bidang tertentu sepeerti ahli perniagaan, perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang Asli.

Monday, July 5, 2010

Jelaskan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol identiti negara. Baginda merupakan ketua negara, simbol keutuhan dan simbol perpaduan. Institusi Yang di-Pertuan Agong memantapkan lagi kewibawaan institusi beraja . Institusi ini juga memberikan keseimbangan kepada raja yang menanungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

Contoh Jawapan Esei

Bab 7
Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua negara. Baginda juga memainkan peranan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga meruapakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pelaksana (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Baginda juga berkuasa melantik Perdana Menteri serta melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dengan nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong juga melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negara serta mentauliahkan duta negara. Baginda juga melatik Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Piliha Raya (SPR), Perkhidmatan Kehakiman dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Yang di-Pertuan Agong juga berperanan memelihara hak istimewa orang Melayu dan mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam. Baginda juga berkuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Di samping itu, baginda juga boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat mengenai kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Malah baginda juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalhan di Mahkamah Tentera.