Pages

Sunday, February 21, 2010

latihan tingkatan 4 bab 1

Soalan struktur

1. Senaraikan empat ciri tamadun.
i. petempatan kekal
ii. kehidupan berorganisasi
iii. sistem pemerintahan
iv. pengkhususan pekerjaan
v. agama dan kepercayaan
vi. bahasaa dan tulisan

2. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun ?

i. Corak hidup lebih sistematik
ii. kawasan yang dipilih memastikan kelangsungan bekalan makanan
iii. hasil inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam pertanian.
iv. hasil pengeluaran meningkat
v. terdapat lebihan pengeluaran

3. Apakah yang anda faham dengan politeisme?

Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan

4. Jelaskan kepentingan bahasa dan sistem tulisan.

i. Penyebran ilmu pengetahuan dan perhubungan
ii. menyampaikan, memperkembangkan serta mencatat idea dan pemikiran manusia.

5. Proses perkembangan tamadun berkait rapat dengan kemunculan bandar. Pada pendapat anda apakah
kepentingan kemuncualan bandar ?

i. pusat pentadbiran
ii. pusat aktiviti ekonomi
' iii. pusat penyembahan dan ritual
iv. pusat perkembangan ilmu pengetahuan
v. pusat pertemuan masyarakat

Tuesday, February 16, 2010

latihan tingkatan 4 bab 1

1. Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan, iaitu penyesuaian
antara manusia dengan alam sekeliling. Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan
mereka menjalani kehidupan harian.
Mengapakah manusia memilih lembah sungai sebagai lokasi petempatan kekal?

i. kesuburan tanah
ii. kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan
iii . kemudahan pengangkutan dan perhubungan

2. Senaraikan tamadun awal manusia yang berkembang di lembah sungai.

i. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates
ii. Tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil
iii. Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus
iv. Tamadun Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho

3. Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali dengan Mesopotamia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Mesopotamia?

Tanah di antara dua sungai (Sungai Tigris dan Sungai Euphrates)

4. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Nyatakan
kawasan utama di setiap negara kota.

i. pusat kota
ii. luar kota
iii. pelabuhan

Sunday, February 14, 2010

latihan bab 1 tingkatan 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun ?

i. madain/madana
ii. ketinggian budi bahasa
iii. pembukaan bandar
iv. peradaban

2. Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan masyarakat Barat.

i. Pembangunan lahiriah terutama dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-
undang, kesenian dan pembandaran
ii. Pencapaian lahiriah adalah kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

3. Apakah pandangan Syed Naquib al-Attas mengenai tamadun ?

i. Pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur

4. Nyatakan tiga ciri tamadun awal manusia.

i. Petempatan kekal
ii. Kehidupan berorganisasi
iii. Pengkhususan kerja
iv. Sistem pemerintahan
v. Agama dan kepercayaan
vi. Bahasa dan Tulisan

Friday, February 12, 2010

kenduri

assalamualaikum wmt hbrk...
Jumaat yang sibuk...permulaan cuti sempena Tahun Baru Cina..kenduri sudah pasti memenuhi percutian kali ini...cikgu agak sibuk kerana jiran depan rumah akan mengadakan kenduri kahwin. Apa lagi..jiran-jran sibuk membantu apa yang patut. Hari ini makan ramai-ramai..seronok macam tinggal kat kampung, masih ada suasana gotong royong..merapatkan lagi silaturrahim..

kerajaan islam madinah

untuk latihan..sila klik link di bawah


http://www.mediafire.com/file/gfmdzyztma0/KERAJAAN ISLAM DI MADINAH.doc ISLAM DI MADINAH.doc