Pages

Friday, April 22, 2011

TINGKATAN 5

Tema Bab

10 Bab 1*

  1. Perubahan sistem politik- ciri-ciri birokrasi barat*
  2. Pentadbiran di Indonesia, Indochina, Filipina*
  3. Tahap-tahap Nasionalisme - Indonesia, Indochina, Filipina, Burma*
  4. Nasionalisme Thailand

Bab 2

  1. Penentangan di Sarawak, Kelantan, Terengganu
  2. Faktor pemangkin nasionalisme
  3. Gerakan Islah*
  4. Peranan akhbar, majalah & novel*
  5. Perjuangan persatuan-persatuan Melayu

11 Bab 3

  1. Ciri-ciri Negara dan Bangsa
  2. Warisan Negeri-negeri Melayu – Undang-undang Terengganu – Sistem Jemaah Menteri Kelantan

– Sistem Demokrasi Negeri Sembilan

Bab 4

  1. Malayan Union – sebab, ciri, sebab penentangan orang Melayu, sebab golongan radikal sokong
  2. Persekutuan Tanah Melayu – langkah2
  3. Pergerakan politik di Sabah & Sarawak

Bab 5

  1. Suruhanjaya Reid
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957- kandungan, kepentingan

Bab 6*

  1. Pembentukan Malaysia – cadangan, faktor pembentukan, reaksi dalam negeri, langkah-langkah pembentukan Malaysia
  2. Suruhanjaya Cobbold
  3. Perjanjian Malaysia 1963 - intipati

Bab 7

1. Badan Pemerintahan (Eksekutif)

2. Badan Perundangan dan proses meluluskan undang-undang*

3. Pilihan raya – syarat menjadi calon, pengundi, peranan SPR

4. Lambang Negara

Bab 8

  1. Rancangan Pembangunan Lima Tahun – peranan agensi2
  2. Rukun Negara – proses, matlamat, prinsip
  3. Dasar Pendidikan – Penyata Razak , Rahman Talib, Kabinet 1974*
  4. Perpaduan : akta bahasa kebangsaan, sukan, kebudayaan kebangsaan*
  5. Wawasan 2020 : cabaran*

12 Bab 9*

  1. Perang Dunia Pertama – sebab & kesan
  2. Perang Dingin
  3. Dasar luar – faktor
  4. Pertubuhan – Komanwel, OIC, NAM, Selatan-Selatan – peranan & sumbangan Malaysia
  5. ICT, K-masyarakat

Tuesday, April 12, 2011

Selepas

Penentangan Orang Melayu Kedah Terhadap Malayan Union

oleh: Tuan Haji Ismail Salleh

GERAKAN awal nasionalisme Melayu di Semenanjung sering dikaitkan dengan tindakan rakyat peribumi menentang campurtangan Inggeris dalam sistem politik. Apabila Malayan Union menghilangkan kuasa politik raja-raja di setiap negeri dengan sendirinya ketuanan Melayu di atas Semenanjung ini meruncing dan hilang begitu sahaja. Perlembagaan Malayan Union memberi hak kerakyatan yang samarata kepada semua kaum di Semenajung termasuk kepada kaum-kaum yang tidak pernah menunjukkan taat setia mereka kepada negeri ini. Ini telah mengancam hak istimewa bangsa Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British.

Kemarahan orang Melayu meningkat apabila mengetahui taktik Sir Harold MacMichael, utusan khas dari Perdana Menteri British, memaksa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan menerima gagasan Malayan Union. Almarhum Sultan Badlishah diberi katadua menurunkan tandatangan Baginda atau turun dari takhta.

MacMichael sampai di Alor Star pada 29 November, 1945 dan mengadap Sultan Badlishah di sebelah tengahari. Dalam uniform brigediernya MacMichael menjelaskan bahawa Sultan Badlishah belum lagi diakui Sultan oleh Kerajaan British cuma diakui Bakal Sultan sahaja. Selama Penasihat British berada di Kedah, Sultan tidak berkuasa mutlak dan Kedah yang bebas dan merdeka seperti yang dijangkakan adalah meleset.

MacMichael menekan bahawa Sultan Johor sudahpun menurunkan tandatangan baginda dan jika ada aspek-aspek yang merugikan kedudukan raja-raja tentulah Sultan Johor tidak akan menurunkan tandatangan ke atas perjanjian baru itu. MacMichael terkejut apabila Sultan Badlishah menjawab, "Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor"!

Selama tiga hari dari 30 November hingga 2 Disember 1945 MacMichael berbincang dengan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Sheriff. Akhirnya masing-masing terpaksa beralah kepada MacMichael. Tunku Abdul Rahman meminta supaya Sultan menurunkan tandatangan dengan bantahan di hadapan orang ramai. Tunku Yaakub mencadangkan supaya baginda Sultan menurunkan tandatangan di atas perjanjian itu kerana tidak ada jalan lain. Haji Mohammad Sheriff yang telah menggunakan pelbagai helah dan kepintaran yang ada dalam pengalamannya untuk menolak dan melambat-lambatkan pelaksanaan perjanjian ini telah menurunkan tandatangannya bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang lain menyetujuinya supaya Sultan Badlishah menurunkan tandatangan baginda.

Sultan Badlishah menandatangani Teriti Malayan Union jam 4.30 petang pada 2.12.1945 di Istana Anak Bukit. Baginda mengambil kesempatan bertitah, "Inilah saat yang paling malang dan getir dalam hayat beta. Beta turunkan tandatangan kerana tidak ada jalan lain". Di tempat lain baginda menyebut bahawa baginda menurunkan tandatangan dengan azam akan berjuang selepas itu. Kalau baginda turun dari takhta, sultan yang menggantikan baginda belum tentu akan bertindak menentang Malayan Union.

Selepas menurunkan tandatangan tersebut Sultan Badlishah mengutuskan protes kepada Setiausaha Tanah Jajahan di London. Baginda telah menulis kepada Perdana Menteri British, kepada Ketua Pembangkang di Parlimen British, kepada Sir Shenton Thomas, Sir Richard Winstedt, Sir Frank Swettenham, Encik L.D. Gammans dan juga kepada akhbar "The Times". Surat-surat Sultan Badlishah tidak pernah diumumkan di Malaysia. Separuh dari drafnya ditemui dalam tahun 1983.

Ayub bin Abdullah dari Kulim, penulis buku "Watan Kita Dengan Orang-Orang Asing", 1936 dulu, telah mengutuskan telegram kepada Setiausaha Kecil Tanah Jajahan membantah gagasan Malayan Union yang disogokkan kepada orang Melayu. Tindakan beliau merupakanbantahan paling awal dikemukakan kepada Whitehall.

Akhbar "Majlis" keluaran 4, 5, dan 6 Januari 1946 memuatkan artikel bersiri ditulis oleh Ayob bin Abdullah yang mendebatkan hak-hak sultan ke atas rakyatnya dan sejauh mana Perjanjian Malayan Union telah mencabuli hak-hak itu.

"SABERKAS" sebagai sebuah badan kebajikan dan koperasi di bawah pimpinan Encik Mohamad Khir bin Awang Jaafar dan Encik Senu Abdul Rahman bertindak pula menghantar telegram kepada Setiausaha Tanah Jajahan, Persatuan Pelajar Melayu di London dan kepada beberapa orang ahli Parlimen British dan juga kepada beberapa orang pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

Penubuhan Malayan Union
Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah bagi menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya.
Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri.

Di bawah Kesatuan Malaya, Raja-raja Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab terhadap hal-hal keagamaan sahaja. Raja-raja Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British.

Pada bulan Oktober 1945, Sir Harold MacMicheal, wakil khas kerajaan British tiba di Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Raja Negeri-negeri Melayu. Walaupun membantah, pihak Raja telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Parti-parti politik dan persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran kerajaan awam akan ditubuhkan.

Pada 1 March 1946 wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organization-UMNO). Dato' Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina. UMNO seterusnya meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh para Raja tidak lagi sah dan batal. Pada 31 Mac 1945, Pentadbiran Ketenteraan British dibubarkan secara rasminya.

Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor Kesatuan Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, UMNO telah menuntut agar Kesatuan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu yang dicadangkan ini terdiri daripada sembilan buah Negeri-negeri Melayu dan dua buah negeri jajahan British. Ia juga mencadangkan agar seorang Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya seorang Gabenor, dilantik sebagai wakil Kerajaan British.

Cadangan tersebut juga menetapkan bahawa selain daripada orang Melayu, hanya generasi kedua orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang berhak mendapat taraf kewarganegaraan persekutuan. Justeru, Kesatuan Malaya telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari 1948.

Malayan Union Proposal

Tajuk-Tajuk Fokus SPM 2011

TINGKATAN 4

Tema 7

Bab 1

  1. Tamadun Indus – bandar terancang & sumbangan
  2. Tamadun Hwang Ho – sumbangan

Bab 2*

  1. Sumbangan Tamadun Rom (Ekonomi, seni bina, pendidikan, teknologi, sukan)
  2. Sumbangan Tamadun China( Perundangan, ekonomi, seni bina, pendidikan, teknologi)*
  3. Sumbangan Tamadun India( Perundangan, ekonomi, seni bina, pendidikan, teknologi)*

Bab 3

Cara kedatangan agama Hindu-Buddha

  1. Pengaruh Hindu-Buddha – pemerintahan , bahasa Sanskrit, seni bina*

Tema 8

Bab 4

Cara penentangan terhadap Islam & cara Nabi atasi

Bab 5*

Perjanjian Aqabah 1 & 2 – sebab, kandungan, kesan*

  1. Hijrah
  2. Pagam Madinah
  3. Strategi penyebaran Islam di Madinah
  4. Peperangan dalam Islam *
  5. Pembukaan Kota Makkah – kepentingan

Bab 6

Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

  1. Bani Abbasiyah
  2. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain – sebab, cara, kesan

Bab 7

Cara-cara penyebaran

  1. Pengaruh Islam- pemerintahan & pentadbiran, perdagangan, pendidikan, kesenian

Bab 8*

  1. Pengaruh Islam terhadap politik - pentadbiran*
  2. Pengaruh Islam terhadap sosio budaya - pendidikan, kesusasteraan
  3. Pengaruh Islam terhadap ekonomi

Tema 9

Bab 9

Zaman Gelap – ciri-ciri*

  1. Reformation – sebab & kesan
  2. Revolusi Pertanian & Perindustian – sebab & kesan
  3. Imperialisme Barat di Asia - faktor & kesan

Bab 10*

Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial

  1. Getah
  2. Kedatangan Buruh : cara & sebab/faktor kemasukkan*
  3. Institusi Kewangan & bank : peranan bank
  4. Undang-undang Tanah di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak*
  5. Dasar terhadap pekebun kecil
  6. Dasar terhadap penanam padi
  7. Pembandaran : faktor kemunculan*
  8. Sistem pendidikan vernakular
  9. Sistem pengangkutan : faktor & kesan
  10. Perkhidmatan kesihatan – usaha kerajaan, peranan Sanitary Board

Assalamualaikum...w.m.h.r.k.t

Sekian lama tidak update blog..kerana sibuk dengan tugasan pada awal tahun.
SPM 2011 bakal menjelma dan amat diharapkan semua calon SPM 2011 mula
bersiap sedia. Para guru pula mengejar masa untuk menghasbiskan sukatan
pelajaran agar dapat membuat ulang kaji dan latih tubi bersama pelajar........
Saya mengharap Sejarah SPM 2011 akan lebih mudah dan semua calon SPM 2011
dapat menjawab dengan baik...InsyaAllah. Kepada pelajar Kolej 5 tahun 2011, Kolej Sultan Abdul Hamid persediaan awal adalah penting....