Pages

Thursday, November 13, 2014

SEJARAH 1249/1/2/3

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah, telah selesai kertas 1249 sejarah spm 2014. Moga semua mendapat keputusan yang cemerlang.

drp:
ckgrmy

Friday, November 7, 2014

Perfect Score SBP

perfect score sbp

CONTOH SOALAN KBAT SPM 2012 DAN 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) – ARAS APLIKASI

Kepentingan / manfaat / faedah / kesan / kebaikan
Penerangan
Jawapan bagi soalan ini adalah sama dengan:
  i) Ciri-ciri
  ii) Syarat-syarat
  iii) Isi kandungan
  iv) Maksud

BAHAGIAN A (STRUKTUR)
Tingkatan 4
Bab 4: Islam dan Penyebarannya di Makkah
2. (c) Nyatakan tiga kesan sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan amalan jahiliah.

         i)………………………………………...……........................

         ii)…………………………………………..........................
     
        iii)...…………………………………………………………….
                                                                                                                                    [ 3 markah ]

Tingkatan 5
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
3. (d) Jelaskan kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang
          tinggi.

            i)……………………………………………...............

            ii)……………………………………………………                                                                                                                                                                                                       [ 2 markah ]

BAHAGIAN B (ESEI)
Tingkatan 5
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
8. (b) Terangkan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara sebelum mencapai kemerdekaan.                                                                                   [ 4 markah ]

        

Wednesday, November 5, 2014

DARIPADA BLOG cikguchejah

soalan KBAT

KBAT BERFOKUS KEPADA PEMIKIRAN ARAS TINGGI MEMBERI TUMPUAN PADA

i.  MENGAPLIKASI-Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baru

ii  MENGANALISIS- mencerakin atau menstruktur maklumat

iii MENILAI- membuat pertimbangan berdasarkan kriteria

iv MENCIPTA- menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu


contoh soalan ANALISIS

Perjuangan seorang pemimpin sangat penting dalam usaha mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Bandingkan peranan yang dimainkan oleh pemimpin setempat menentang perluasan pengaruh British pada awal abad ke-19 dengan pemimpin masa kini dalam usaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara dan bangsa.

jawapan yang dicadangkan ialah

PEMIMPIN SETEMPAT                              PERSAMAAN                          PEMIMPIN MASA KINI
 
mempertahankan hak                               mempertahankan tanahair                         membangunkan negara

bersifat setempat                                       bersungguh-sungguh berjuang                     bersifat global

alat tradisional                                           anti kuasa asing                                 pentingkan ilmu & teknologi



contoh soalan MENCIPTA

Pada 21 Julai 1875 Dato Maharajalela dan pembesar-pembesar Melayu telah mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.

Jika anda menjadi salah seorang ahli dalam mesyuarat tersebut terangkan cadangan yang boleh dikemukakan untuk menghalang campurtangan British di Perak tanpa berlaku pertumpahan darah.

cadangan jawapan

Mengadakan rundingan dengan pihak British
Mendesak British mengurangkan cukai
Memajakkan Pulau Pangkor kepada British
Meminta bantuan daripada kerajaan Melayu lain

contoh soalan  APLIKASI

Sekiranya anda adalah Tok Janggut bagaimanakah anda akan mengekalkan kedaulatan di kawasan pentadbiran anda?

cadangan jawapan

mengadakan rundingan
menyatukan penduduk
membuat pemodenan
menjalin hubungan erat dengan pembesar luar daerah/negeri

sebagai generasi muda yang patriotik bagaimana anda memainkan peranan dalam mengukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat hari ini.

cadangan jawapan

cinta negara
menghayati rukun negara
mengukuhkan perpaduan
mematuhi peraturan /undang-undang
menguasai ilmu pengetahuan
menguasai pelbagai kemahiran
menghayati konsep 1 malaysia
mengamalkan semangat toleransi

contoh soalan menilai

Apakah perasaan anda  apabila melihat sekumpulan remaja sedang memijak bendera Malaysia?Nyatakan tindakan anda terhadap kumpulan ini?

cadangan jawapan

marah/sedih/kecewa
tindakan
menasihati / melaporkan pada ketua kampung/memberitahu ibubapa mereka

Nota KBAT SEJARAH SPM : Sumbangan Team Sejarah JPN Kedah

Wednesday, October 15, 2014

NOTA RINGKAS PECUTAN AKHIR SEJARAH SPM 2014

DISUSUN DAN DIOLAH UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR.
ADAPTASI DARIPADA GIKGU ZAKARIA DAN SOALAN PERCUBAAN NEGERI DAN TARGET MRSM

Tuesday, September 30, 2014

Wednesday, September 24, 2014

PANDANGAN TENTANG KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM DEMOKRASI

Thursday, July 26, 2012

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi berparlimen.

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti berkerjasama untuk mencapai kepentingan bersama. Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain. Bangsa Yunani yang memperkenalkan istilah demokrasi menakrifkan demokrasi dalam dua perkataan. Demos, rakyat dan kratein, memerintah, rakyat memerintah. Ini disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya “ a people’s government, a government by the people, for the people. Seorang professor falsafah Carl Cohen 1931 di University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi tafsiran demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam komuniti tersebut boleh terlibat sama secara sama rata dan saksama dalam melakukan keputusan keputusan yang melibatkan ahli komuniti secara lansung. Untuk perbincangan selanjutnya adalah mengenali kelebihan dan kelemahan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan buruk bagi diri mereka. Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah Dalam Declaration Of Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat menjamin keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh minoriti telah banyak menimbulkan masalah seperti melakukan penindasan. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik. Demokrasi Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi. Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya Demokrasi Menggalakkan Semangat Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi kepentingan rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah negara yang penting ialah terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan dalam menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan. Kelemahan demokrasi Kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu kebebasan perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam cirri-ciri asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya dan melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik. Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain. P

CONTOH SOALAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 SPM 2014

FOKUS SPM 2014

DARIPADA BLOG CIKGU ZAKARIA

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013


TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014

7.1
1
ESE
STR
STR
STR
FOKUS
2
STR
FOKUS
7.2
3
STR
ESE
STR
ESE

TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS

SPM 2010 :          Tamadun Mesopotamia
SPM 2011 :          Tamadun Indus
SPM 2012 :          Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
SPM 2013 :          Tamadun Indus
SPM 2013 :          Kerajaan Maritim

FOKUS SPM 2014  : 2 SOALAN

TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 7 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 1 : Maksud dan Ciri Tamadun
BAB 1 : Tamadun Hwang Ho
BAB 2 : Peningkatan Tamadun (Pemerintahan dan Pentadbiran)
BAB 2 : Peningkatan Tamadun (Peningkatan Ekonomi)
BAB 2 : Peningkatan Tamadun (Peningkatan Pendidikan)
BAB 3 : Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

PILIHAN KEDUA
BAB 1 :  Tamadun Mesir Purba
BAB 2 :  Peningkatan Tamadun (Perundangan)
BAB 2 :  Peningkatan Tamadun (Perluasan Kuasa)
BAB 3 :  Kerajaan Agraria

TEMA 8 (BAB 4 – BAB 8) TINGKATAN EMPAT

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013

TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
8.1
4
ESE
ESE
STR
8.2
5
STR
ESE
8.3
6
STR
ESE
FOKUS
8.4
7
ESE
STR
FOKUS
8.5
8
STR
STR
ESE
FOKUS


TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS

SPM 2010 :          Kehidupan Nabi Muhammad Sebelu Menjadi Rasul
SPM 2010 :          Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
SPM 2011 :          Kerajaan Bani Umaiyah
SPM 2011 :          Pengaruh Kedatangan Islam (Pendidikan)
SPM 2012 :          Pertembungan Tamadun
SPM 2013 :          Zaman Jahiliah
SPM 2013 :          Pembukaan Semula Kota Makkah

FOKUS SPM 2014  : 2 SOALAN

TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 8 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 6 : Khulafa ar-Rasyidin
BAB 6 : Kerajaan Bani Abbasiyah
BAB 7 : Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
BAB 7:  Penyebaran Islam di Asia Tenggara
BAB 8 : Pengaruh Islam di Tanah Melayu (Ekonomi)
BAB 8 : Pengaruh Islam di Tanah Melayu (Sistem Pemerintahan)

PILIHAN KEDUA
BAB 4 :  Penyebaran Islam di Makkah
BAB 5 :  Piagam Madinah
BAB 6 :  Kerajaan Turki Uthmaniyah
BAB 8 :  Pengaruh Islam di Tanah Melayu (Cara Hidup)

TEMA 9 (BAB 9 – BAB 10) TINGKATAN EMPAT

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013

TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
9.1
9
STR
STR
STR ESE
ESE
FOKUS
9.2
10
ESE
STR ESE
ESE

TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS
SPM 2010 :          Penjelajahan dan Penerokaan
SPM 2011 :          Kerajaan Bani Umaiyah
SPM 2011 :          Ekonomi Dagangan (Penggunaan Buruh Luar)
SPM 2011 :          Perusahaan Getah
SPM 2012 :          Revolusi Pertanian
SPM 2013 :          Dasar British Terhadap Pertanian  (Undang-undang Tanah)

FOKUS SPM 2014  : 1 SOALAN
TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 9 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 9 : Zaman Gelap di Eropah
BAB 9 : Revolusi Perindustrian di Eropah
BAB 10 :Ekonomi Tradisional dan Ekonomi Dagangan
BAB 10: Kesan Dasar Ekonomi British (Pendidikan Vernakular)

PILIHAN KEDUA
BAB 9 :  Gerakan Reformation
BAB 9 :  Penerokaan dan Penjelajahan
BAB 10 :Kesan Dasar Ekonomi British (Pembandaran & Masyarakat Majmuk)

TEMA 10 (BAB 1 – BAB 2) TINGKATAN LIMA

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013
TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
10.1
1
STR
STR
ESE
STR
ESE
FOKUS
10.2
2
ESE
ESE
ESE
STR
FOKUS

TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS
SPM 2010 :          Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British  (di Perak dan di Pahang)
SPM 2011 :          Tiada Maklumat
SPM 2012 :          Nasionalisme di Asia Tenggara
SPM 2012 :          Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
SPM 2013 :          Birokrasi Barat di Asia Tenggara
SPM 2013 :          Gerakan Islah

FOKUS SPM 2014  : 2 SOALAN
TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 10 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 1 : Imperialisme Barat di Asia Tenggara
BAB 1 : Nasionalisme di Asia Tenggara
BAB 2 : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Nasionalisme
BAB 2:  Perjuangan Persatuan Melayu

PILIHAN KEDUA
BAB 1 :  Birokrasi Barat di Asia Tenggara (Filipina & IndoChina)
BAB 2 :  Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British  (di Pahang dan Terengganu)

TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8) TINGKATAN LIMA

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013
TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
11.1
3
ESE
STR
STR
ESE
11.1
4
STR
ESE
ESE
ESE
FOKUS
11.1
5
ESE
FOKUS
11.1
6
STR
ESE
11.2
7
ESE
ESE
STR
STR
FOKUS
11.3
8
ESE
STR
STR

TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS
SPM 2010 : Kesultanan Melayu Melaka
SPM 2010 : Ciri Demokrasi Berparlimen (Raja Berperlembagaan)
SPM 2010 : Rancangan Pembangunan Lima Tahun
SPM 2011 : Malayan Union
SPM 2011 : Lambang Negara
SPM 2012 : Persekutuan Tanah Melayu 1948
SPM 2012 : Negara Persekutuan
SPM 2013 : Warisan Negeri Melayu (Pemerintahan Adat Perpatih)
SPM 2013 : Pembentukan Malaysia (Faktor & Reaksi Negara Luar)
SPM 2013 : Dasar Perpaduan (Bahasa Kebangsaan)





FOKUS SPM 2014  : 2 SOALAN
TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 11 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 4 : Malayan Union
BAB 4 : Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah
BAB 5 : Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Nasionalisme
BAB 5:  Sistem Ahli
BAB 7 : Ciri Demokrasi Berparlimen (Perlembagaan)
BAB 7:  Ciri Demokrasi Berparlimen (Pilihan Raya)
BAB 8 : Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990)
BAB 8:  Wawasan 2020

PILIHAN KEDUA
BAB 3 :  Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa
BAB 5 :  Persekutuan Tanah Melayu 1957
BAB 7 :  Ciri Demokrasi Berparlimen (Kuasa Pemerintahan)
BAB 8 :  Dasar Pembangunan Ekonomi Negara – DPEN  (Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia  
              dan  Dasar Kependudukan)

TEMA 12 (BAB 9) TINGKATAN LIMA

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN SPM 2007 – 2013
TEMA
BAB
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
12.1
9
ESE
FOKUS
12.2
9
ESE
STR
ESE
ESE
ESE
ESE

TAJUK YANG DISOAL DALAM SPM YANG LEPAS
SPM 2010 :          Cabaran Masa Depan (Globalisasi)
SPM 2011 :          Malaysia Dalam Hubungan Antarabangsa  (Komanwel, PBB, NAM dan OIC)
SPM 2012 :          Perang Dunia Pertama dan Kedua
SPM 2013 :          Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa (Komanwel)

FOKUS SPM 2014  : 1 SOALAN
TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 12 SPM 2014

PILIHAN PERTAMA
BAB 9 : Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin
BAB 9 : Dasar Luar Malaysia
BAB 9 : Cabaran Masa Depan(Koridor Raya Multimedia, K-Ekonomi dan K-Masyarakat)

PILIHAN KEDUA
BAB 9 :  Perang Dunia Pertama dan Kedua

BAB 9:   Malaysia Dalam Hubungan Serantau (ASEAN)