Pages

Thursday, November 4, 2010

LATIHAN TOPIKAL
TINGKATAN 5


Mengeksplorasi Laman Web Sistem Pemerintahan Negara Malaysia

Para pelajar tingkatan 5 digalakkan mengeksplorasi laman web berikut untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sistem pemerintahan di negara kita (bab 7) :


ANGKOR WAT - KAMPUCHEA

ANGKOR WAT - KAMPUCHEA
Angkor Wat dibina pada permulaan pemerintahan Suryavarman II. Ia dibina sebagai candi untuk menyembah dewa Vishnu. Pembinaannya berdasarkan model alam semesta

TUGU NEGARA

TUGU NEGARA
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

JALUR GEMILANG

Jalur Gemilang
Pereka : Encik Mohamad Hamzah, seorang arkitek kerajaan Johor. Warna merah : keberanian. Warna Biru : Perpaduan rakyat berbilang kaum. Warna Kuning : Kedaulatan raja-raja Melayu. Bulan Sabit : Agama Islam agama rasmi Persekutuan Malaysia

RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA
Ideologi Negara. Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Mengukuhkan Perpaduan. Memelihara corak hidup demokratik. Masyarakat Adil. Menjamin Sikap Liberal. Masyarakat Progresif.

LAGU NEGARAKU

Lagu Negaraku
Penggubah lirik : Encik Saiful Bahri.Memupuk kesetiaan rakyat. Menuntut rakyat bersyukur. Menuntut rakyat taat setia kepada raja. Menyemai sikap sanggup berkorban demi negara

JATA NEGARA

Jata Negara
Harimau : Keberanian. Bulan Sabit : Islam agama rasmi. Bunga Raya : Bunga kebangsaan.Lambang pokok : Melaka & Pulau Pinang. Lima bilah keris : Perlis, Kedah, Kelantan, Terenganu, Johor. Lambang Rasmi negara. Lambang kemegahan penduduk.Simbol identiti negara. Cogan kata negara : Bersekutu Bertambah Mutu

Tips Persediaan Sebelum Ujian atau Peperiksaan

Berikut merupakan tips untuk anda sebelum Ujian atau Peperiksaan. Harap maklumat ini dapat membantu anda.
  • Guna buku teks sebagai rujukan utama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Beri perhatian kepada sudut maklumat di buku teks
  • Belajar teknik menjawab yang betul (esei) - Fakta, Huraian, Contoh
  • Perbanyak ulangkaji atau latihan topikal
  • Rujuk soalan tahun lepas ( 2004-2009)
  • Fokus kepada soalan KBKK setiap bab
  • Jawab soalan pemahaman dalam buku teks
  • Guna istilah-istilah sejarah dalam ayat lengkap bentuk esei
  • Tulis sebanyak kombinasi jawapan yang anda tahu untuk jawapan Bahagian A (struktur)
  • Lihat jumlah markah diakhir soalan
  • Jawapan esei tiada pengenalan dan penutup
Masalah pelajar semasa menjawab soalan ujian atau peperiksaan (kertas 2) :
  • Tidak dapat menjawab soalan KBKK dengan logik dan munasabah
  • Keliru dengan konsep dan kehendak soalan
  • Menjawab soalan tanpa mengikut urutan dan pecahan soalan
  • Tidak menyatakan pendapat (soalan KBKK)
  • Tidak menguasai fakta-fakta penting soalan
  • Tidak menulis kata kunci/istilah sejarah ( huraian umum)
  • Jawapan pelajar kabur dan terpesong.

Monday, November 1, 2010