Friday, August 10, 2012
Wednesday, May 9, 2012
FOKUS SPM 2012 - TINGKATAN 5
Sunday, April 15, 2012
latihan kertas 2. Bab 5
SOALAN STRUKTUR
1. Idea penubuhan Sistem Ahli oleh pihak British adalah selaras dengan hasrat British untuk
menjalankan dasar dekolonisasi.
a). Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli?
………………………………………………………………………………………….....
( 2 markah )
b). Apakah yang dimaksudkan dengan dekolonisasi?
…………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
c). Senaraikan TIGA ciri Sistem Ahli.
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………………………………….
( 3 markah )
d). Nyatakan TIGA tanggungjawab setiap portfolio dalam Sistem Ahli.
i. …………………………………………………………………………………………..
ii. …………………………………………………………………………………………..
iii. …………………………………………………………………………………………..
( 3 markah )
2.
a). Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?
…………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
b). Antara langkah yang telah diambil ke arah pakatan murni ialah penubuhan Jawatankuasa
Perhubungan Antara Kaum (CLC). Nyatakan DUA persetujuan hasil rudingan UMNO-CLC
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
c). Berikan DUA sebab Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
d). Nyatakan DUA pekara yang diterima oleh bukan Melayu dalam Perkembagaan Persekutuan
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
e). Nyatakan DUA kepentingan Perjanjian Persekutuan.
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
( 2 markah )
SOALAN ESEI
1. a).Sebelum penubuhan Perikatan yang mengabungkan UMNO, MCA dan MIC, telah terdapat
beberapa usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah
Melayu. Bincangkan langkah-langkah awal yang telah diambil ke arah matlamat itu.
( 14 markah )
b). Dalam pilihan raya 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang besar. Jelaskan
pekara yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan bagi menghadapi pilihan raya
tersebut.
( 6 markah )
2. a) Jelaskan isu yang menjadi panduan Suruhajaya Reid ketika merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
( 6 markah )
b). Bincangkan isi-isi penting yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan 1957.
( 14 markah )
skema jawapan:
STRUKTUR
1.a) Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
( 2 markah )
b). Dasar memberi bantuan ke arah bekerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah
jajahan.
( 2 markah )
c). i. diwujudkan kabinet bayangan.
ii. anggotanya dikenali sebagai Ahli.
iii. perlantikan ahli oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
Melayu.
iv. anggotanya seramai 9 orang iaitu 5 penduduk tempatan dan 4 pegawai Inggeris.
v. ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
( 3 markah )
d). i. menguruskan pentadbiran harian jabatan.
ii. mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan.
iii. membentangkan cadangan undang-undang dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
iv. berbincang dengan pegawai kanan British berkaitan cadangan undang-undang.
( 3 markah )
2. a). usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik
melalui rundingan.
( 2 markah )
b). i. penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa.
ii. Kerakyataan Negeri diberikan kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu.
iii.pilihan raya di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan diadakan
( 2 markah )
c). i. cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu dikecam dan ditolak.
ii. Kerakyatan Negeri menjadikan orang Melayu bukan rakyat tunggal Tanah Melayu.
iii. keperluan kerjasama semua kaum dalam sebuah parti untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu. ( 2 markah )
d). i. mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
ii. agama Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
iii. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ( 2 markah )
e). i. kerajaan demokrasi berkonsepkan raja berperlembagaan dibentuk.
ii. wujud perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
iii. tercapainya keharmonian kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
iv. hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang berdaulat dan
merdeka. ( 2 markah )
ESEI
1. a). Langkah-lamhkah ke arah Pakatan Murni
| Tema | Huraian |
| CLC | menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang dianggotai wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu. |
| Kerjasama | titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu. |
| Dasar | perubahan dasar UMNO kerana kesanggupan berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara. |
| Buka | cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. |
| IMP | penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) oleh Dato’ Onn Ja’afar. |
| Kaum | konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. |
| Gagal | IMP gagal kerana kaum-kaum di Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka. |
| Persidangan | penubuhan Persidangan Nasional bagi mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman. |
| Konvensyen | UMNO menganjurkan Konvensyen Nasional yang disertai pelbagai parti dan persatuan politik. |
9 isi x 2 markah = mak 14 markah
b). Pekara dalam manifesto Parti Perikatan menghadapi pilihan raya 1955.
| Tema | Huraian |
| Kemerdekaan | kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa empat tahun. |
| Pendidikan | mewajibkan pendidikan kepada penduduk Tanah Melayu. |
| Tempatan | menjadikan perkhidmatan awam di Tanah Melayu bercorak tempatan. |
| Hak | menjaga hak asasi manusia. |
| Raja-Raja | melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. |
5 isi x 2 markah = mak 6 markah
2. a) Isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan .
| Tema | Huraian |
| Merdeka | perlembagaan yang dirangka adalah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. |
| Pusat | pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat. |
| Autonomi | mengwujudkan kuasa autonomi negeri dalam bidang-bidang tertentu. |
| Kedudukan | mengambil kira kedudukan khas Raja-Raja Melayu. |
| Istimewa | mengambil kira hak istimewa orang Melayu. |
| Bangsa | pengwujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu. |
6 isi x 2 markah = mak 6 markah
b). Isi-isi penting dalam Perjanjian Persekutuan 1957.
| Tema | Huraian |
| Kerajaan | pembentukan sebuah kerajaan persekutuan. |
| Pemisahan | pemisahan kuasa pusat dan kuasa negeri melalui Senarai Pusat dan Senarai Negeri. |
| Berperlembagaan | institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara. |
| Kerakyatan | diwujudkan tiga jenis kerakyatan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi. |
| Jus Soli | prinsip Jus Soli diterima. |
| Kedudukan | kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan. |
| Islam | agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. |
| Tanah | konsep Tanah Simpanan Melayu diteruskan. |
| Bahasa | bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. |
| YdPA | Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. |
| Demokrasi | pentadbiran negara bersifat demokrasi iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa parlimen. |
| Negeri | di peringkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran yang dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO. |
12 isi x 2 markah = mak 14 markah
Bab 5 : Pembinaan Negara Bangsa Yang Merdeka
5.1 SISTEM AHLI
1. Ciri-ciri Sistem Ahli
· sistem bertujuan melatih penduduk Tnh Mel dan kaum lain mentadbir Tnh Melayu
· merupakan cabinet bayangan, Anggota cabinet dikenali sebagai ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dgn persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
· keanggotaan Sistem Ahli ialah seramai 9 org, iaitu 5 pendududk Tnh Mel dan 4 pegawai Inggeris
2. Proses pelaksanaan & kepentingan Sistem Ahli
· Ahli yang dilantik diberi tugas mengetuai satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan
· Ahli menguruskan pentadbiran serta mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya. Mengadakan perbincangan dgn pegawai2 kanan British berkaitan cadangan undang2
· Merupakan tapak asas untuk melatih penduduk tempatan kea rah berkerajaan sendiri dan menjadi proses kea rah perpaduan kaum di Tnh Mel
5.2 PAKATAN MURNI
1. Usaha murni kaun ke arah kerjasama dan tlak ansur politik melalui rundingan
I. Penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum (CL) – UMNO dan MCA
II. Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu
III. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Penubuhan Persidangan kebangsaan, 1953
IV. Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan UMNO & MCA
Pembentukan Parti Perikatan
2. Hasil daripada kerjasana UMNO-CLC ialah:
· Penubuhan RIDA bertujuan memajukan ekonomi pendidikan orang Melayu
· Pemberian Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Tnh Mel dgn syarat ibu atau bapa adalah warganegara Tnh mel
· Pilihan raya peringkat majlis perbandaran, negeri dan Majlis perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai
5.3 PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN
1. Kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan persekutan 1955 ilaah Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai ketua Menteri dan pembentukan anggota cabinet daripada pelbagai kaum
2. Tunku Adul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke Landon pada bulan Febuari 1956 yg disertai oleh wakli Perikatan dan wakil Raja2 Melayu
5.4 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956 bertujuan membincangkan dan menyusun Perlembangaan Persekutuan Tanah melayu yang merdeka
2. Isu yang diberi tumpuan oleh Suruhanjaya reid ialah soal kerakyatan secara jus soli
3. Tolak ansur yang dicapai ialah Raja2 Melayu menerima kerakyatan secara jus solisementara kaum lain mengiktirafkan kedudukan istimewa orang Melayu
4. Pelaksanaan tugas Suruhanjaya Reid:
I. Mac 1956 : pembentukan Suruhanjaya reid
II. Feb 1957 : cadanagan Suruhanjaya Reid diterbitkan
III. Mei 1957 : Cadangan Suruhanjaya reid diterima oleh Parlimen British
IV. 17 Ogos 1957: Majlis Mesyuarat Perundanagan Persekutuan mengesahkan cadangan Suruhanjaya Reid untuk memebentuk Perlembagaan kemerdekaan 1957
5. Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
a. Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat
b. Pembahagian kuasa melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
c. Pembentukan institusi Raja Berperlembagaan
d. Tiga bentuk kerakyatan, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang, secara naturalisasi dan melalui permohonan
e. Kedududkan istimewa orang Melayu dikekalkan
f. Agama Islam sebagai agama rasmi
g. Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan
h. Yang di-Pertuan Agong diiktiraf sebagai ketua Negara
i. Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berpalimen
j. Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiram peringkat negeri dengan dibantu oleh Dewan Negeri dan EXCO