BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
1. a) Jelaskan tentang tamadun Indus daripada aspek
i. lokasi
ii. proses pembentukan
iii. organisasi social
iv. ekonomi
CONTOH JAWAPAN :
i. Lokasi dan latar belakang
- Tamadun terawal di dunia
- Terletak di Lembah Indus
- Disaliri Sungai Indus
- Dikenali sebagai tamadun Harappa.
- Muncul sekitar tahun 2500 SM
- Merosot pada 1800 SM kerana :
a. Serangan orang Aryan
b. Bencana alam seperti kemarau, banjir dan gempa bumi
Proses Pembentukan
- Barat laut India wujud penduduk mengamalkan kehidupan nomad
- Kemudian membentuk petempatan kekal sepanjang Sungai Indus
- Sungai Indus :
a. Menyediakan sumber air
b. Menyuburkan tanah
- Masyarakat Indus pandai sesuaikan diri dengan alam sekitar
- Meningkatkan penghasilan pertanian
- Membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
- Ini menyumbang kepada perkembangan Bandar
- Contoh Bandar :
a. Mohenjo-Daro
b. Harappa
- Bandar pelabuhan ialah:
a. Lothal
b. Sutkagen Dor
Organisasi Sosial
- Terbahagi kepada dua golongan :
a. Golongan atasan
b. Golongan bawahan
- Golongan atasaan :
a. Pendeta
b. Pedagang
- Golongan bawahan :
a. Petani
b. Buruh
- Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat.
- Golongan bawahan memberi ketaatan kepada pendeta
- Sejarawan berpendapat pemerintahan dipegang oleh pendeta.
- Petani :
a. menjalankan aktiviti pertanian
b. Menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
- Buruh menjalankan kerja perburuhan seperti :
a. Menjaga kebersihan Bandar
b. Membina tembok di benteng
c. Membina terusan
Kegiatan Ekonomi/Pengkhususan Pekerjaan
- Pelbagai kegiatan :
a. Perdagangan
b. Pertanian
c. Pertukangan
d. Pembuatan
- Aktiviti perdagangan :
a. Perdagangan luar dengan Mesopotamia
b. Bukti melalui cap mohor
c. Hasil perdagangan ialah emas, gading gajah, manic dan hasil pertanian
- Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti barli dan kacang
- Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan tembikar
No comments:
Post a Comment