Contoh
jawapan kertas 3
Tema
: bab 9 Tingkatan 5
Soalan
: Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau memberi manfaat besar dalam
pemabngunan dan kecemerlangan Negara masa kini.
Bincangkan.
1.0
Pengenalan ( memahami latar belakang
hubungan Malaysia dalam pertubuhan serantau )
Jelaskan
secara ringkas tentang hubungan Malaysia dalam pertubuhan serantau. (5m)
Pertubuhan
serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada
negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan,
terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh
Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan
seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan
pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang
ditubuhkan tahun 1967. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk
kepentingan politik, ekonomi atau sosial.
2.0 Matlamat
dan Organisasi
Jelaskan
matlamat dan organisasi yang disertai oleh Malaysia sehingga kini di peringkat
serantau. (30m)
Persatuan
Negara Asia Tenggara (ASA)
Setelah mencapai
kemerdekaan, negara kita dan juga negara – negara serantau diancam hebat oleh
pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting
menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan
oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli – ahlinya melancarkan gerakan gerila
bagi menjatuhkan kerajaan.
Di negara – negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand
yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia –
Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha
kedua – dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan
komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh
komunis.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran agar dapat
membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah
mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara –
negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam
bidang ekonomi dan sosial.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan
Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang
digalurkan semasa penubuhannya termasuklah:
Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains
dan sosial.
Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains
dan teknologi di kalangan negara anggota.
Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara – negara
serantau.
Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan
kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan
Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai
perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia
dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada
pembubaran ASA pada tahun 1963.
MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA (MAPHILINDO)
MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina
dan Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan
persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia – Filipina dan
Malaysia – Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua – dua negara tersebut
adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju
dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan
Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan
Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya
masih menjadi hak milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah
rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada
penubuhan MAPHILINDO. Ketiga – tiga negara ini telah mencapai kata sepakat
memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar
perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk
meninjau rakyat di kedua – dua negeri berkenaan. Hasilnya, majority rakyat di
kedua – dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun
begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan
terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini
menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
Deklarasi
Bangkok pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan Persatuan Negara –
Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat
pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia
Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu
dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat
dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan
ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah
menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara –
negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara
Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Kerjasama
antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi
memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.
3.0
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam
pertubuhan serantau (15m)
Peranan
dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama
serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan
yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan
November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara
anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat
mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan
utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik
di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau
blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar.
Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat
ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak
akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini
menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap
konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN
telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek
baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi
ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus
(EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju
terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja
kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN +
3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara
negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri
– Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan
tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan
Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah
kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan
televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan
hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan
kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau
melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui
peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
4.0 Sebagai
warganegara ASEAN yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda boleh menyumbang
kepada keamanan serantau? ( 15 markah)
Sebagai
warganegara ASEAN yang bertanggugjawab, saya akan mengamalkan hidup secara bersatu padu. Ini kerana
perpaduan akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan politik. Selain itu,
amalan bertolak ansur/ bertoleransi dalam kehidupan adalah sangat perlu untuk
melahirkan suasana yang harmonis. Malah saya juga akan melibatkan diri dalam
misi keamanan yang dianjurkan dan menghargai keamanan yang dikecapi.
Di samping itu, saya akan sentiasa mematuhi undang-undang
dan sentiasa menghormati hak asasi manusia. Situasi ini akan mewujudkan
kehidupan yang sentosa. Malahan, saya akan menjaga dan memelihara kebersihan
alam sekitar kerana ini akan menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan
sejahtera. Justeru, saya juga akan menyokong segala dasar kerajaan yang
berkaitan urusan serantau dan menghormati kedaulatan negara lain.
Sebagai warga yang bertanggungjawab saya juga akan melengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan negara luar dan menguasai
pelbagai kemahiran atau kepakaran supaya boleh berperanan memajukan negara.
Saya juga akan meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi
seiring dengan setiap perkembangan/perubahan yang berlaku. Apa yang penting
ialah berbaik-baik dengan rakyat negara luar, menghormati lambang-lambang
negara luar dan tidak membuat sebarang ucapan/pendapat yang boleh mengguris
hati rakyat negara lain.
5.0 Kejayaan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau
dalam pertubuhan serantau.
ASA
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA
telah membantu dalam aspek keselamatan negara daripada ancaman komunis.
Penubuhan ASA telah melemahkan gerakan komunis di sempadan Malaysia-Thailand.
MAPHILINDO
Melalui pertubuhan ini , ketiga-tiga buah negara telah
berusaha menyelesaikan pertikaian antara Malaysia – Indonesia dan Malaysia-
Filipina.
ASEAN
Penubuhan ASEAN
telah meningkatkan perhubungan persahabatan dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Malah telah ASEAN turut menjamin keselamatan perairan Malaysia. ASEAN juga memelihara
kemakmuran negara melalui sokongan terhadap segala dasar yang telah diputuskan berkaitan keamanan serantau. Ini dapat dilihat apabila ASEAN enjadi zon
bebas senjata nuklear iaitu tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan
perairan dan pelabuhan untuk mengangkut nuklear . ASEAN juga diisytiharkan sebagai
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Keadaan ini dapat mengelak
campurtangan kuasa-kuasa besar dan
sekali gus mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau.Selain itu juga
dapat bertukar-tukar ilmu untuk kemajuan negara seperti bertukar-tukar/
berkongsi kepakaran dengan negara luar bagi menjana kemajuan negara. Kerjasama
tersebut ialah memajukan bidang pertanian melalui kerjasama dengan negara
Thailand yang maju dalam bidang pertanian. Malahan prestasi ahli sukan juga ditingkatkan melalui
kerjasama dengan negara serantau. Selain itu, Malaysia juga meningkatkan
kualiti dan prestasi sektor pembuatan negara melalui kerjasama dengan negara
serantau. Sektor perindustrian juga ditingkatkan melalui penggunaan buruh dari
negara jiran yang terlibat dalam bidang ini. Malahan pasaran barangan keluaran negara juga berjaya
ditingkatkan .
Malaysia turut
berjaya menamatkan sebarang pertelingkahan antara negara anggota seperti
membantu membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea, menyelesaikan krisis
Selatan Thailand dan Selatan Filipina serta berusaha menyelesaikan masalah
pelarian Vietnam. Selain itu, berusaha menyelesaikan krisis kemanusiaan di
Rohinya (Myanmar) dan pelaksanaan demokrasi di Myanmar. Isu politik di Acheh
juga berjaya diselesaikan.
Dari aspek
ekonomi, Malaysia berjaya mengawal harga pasaran hasil keluaran dan mendapat
tenaga buruh yang murah. Malah terdapat kerjasama ekonomi, sains, dan sosial
seperti kerjasama projek perindustrian ASEAN, dan baja urea di Sarawak/Acheh di
Indonesia. Kerjasama baik dalam
hal ekonomi dapat membantu meluaskan pasaran barangan tempatan. Selain itu,
wujud juga Kerjasama ASEAN+3 , iaitu kerjasama yang wujud antara negara ASEAN
mempermudah urusan dengan negara-negara Timur iaitu Jepun, China dan Korea. Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA) turut ditubuhkan.
Dari aspek sosial,
pembukaan pusat serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang dapat
meningkatkan mutu pendidikan negara. Penuntut rantau ASEAN meningkat di
universiti tempatan boleh memberi pulagan yang baik dari segi ekonomi dan
kepakaran. Kerjasama pendidikan (SEAMEO) turut dijalinkan. Malah kerjasama
teknikal juga terjalin dengan memberikan dan menyediakan kemudahan latihan,
penyelidikan dan teknologi. Tidak ketinggalan kerjasama pelancongan membantu
menjayakan usaha Malaysia menjadi pusat pelancongan penting.Kejayaan yang lain
ialah kerjasama Kebudayaan di mana lahirnya Festival Kebudayaan dan penubuhan
Tabung Kebudayaan serta Tahun melawat ASEAN 1992.Penyertaan dalam Sukan SEA
berupaya mempertingkat mutu atlet negara dan meningkatkan prsarana sukan di
negara kita.
[mana-mana
jawapan yang munasabah]
6.0 Cabaran dan langkah-langkah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara kekal berdaulat.
i. Cabaran yang dihadapi Malaysia (5 m)
Cabaran
yang Malaysia hadapi ialah masalah pendatang asing yang membanjiri Negara dari
Negara-negara jiran sehingga mencetuskan keadaan yang tidak selesa kepada warga
tempatan. Cabaran yang seterusnya ialah
jurang perbezaan yang besar antara Bandar dengan luar Bandar dari aspek eknomi
dan pembangunan. Seterusnya ialah masalah jenayah yang semakin meningkat yang
akan mengganggu ketenteraman dan keharmonian hidup seperti mencuri, merompak,
samun,penculikan dan pembunuhan. Selain itu gejala dadah yang akan menyebabkan
Negara kehilangan sumber manusia iaitu sumber tenaga mahu pun intelek. Cabaran
seterusnya ialah masalah kemelesetan ekonomi dan terlalu berganutng kepada
Negara maju.
ii. Langkah-langkah Malaysia menghadapi cabaran
di atas. (5 m)
langkah-langkah
proaktif perlu diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing.,
iaitu dengan menghadkan kemasukan pendatang asing berdasarkan keperluan.
Pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu disekat dengan menguatkkuasakan
undang-undang. Seterusnya, pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Bandar dan
luar Bandar hendaklah seimbang dengan unjuran kependudukan dan prasarana yang
disediakan hendaklah meluas sehingga kawasan luar Bandar. Bagi membendung
gejala dadah dan peningkatan jenayah, seharusnya semua pihak memainkan peranan
dan bekerjasama bagi membanteras kejadian jenayah dan gejala dadah. Oleh itu adalah sangat penting memajukan
system pendidikan di Negara kita di samping memupuk nilai-nilai murni. Pemimpin
pula harus proaktif dan berpandangan jauh untuk memacu Negara kea rah
pembangunan yang seimbang mengikut acuan kita sendiri selaras dengan wawasan
2020. Oleh kita bukan sahaja dapat melahirkan modal insan minda kelas pertama,
malah pekerja berpengetahuan dan tidak perlu lgi bergantung kepada Negara maju.
7.0 Nyatakan iktibar yang dapat
diterapkan daripada hubungan luar demi memajukan negara kita.
Iktibar yang dapat diterapkan ialah kita mesti mempunyai pemimpin berwibawa
untuk memajukan Negara. Selain itu kita mestilah mementingkan keselamatan
Negara. Malah kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain dan saling
bekerjasama antara Negara bagi menjamin keharmonian serantau.
Pengajaran yang
lain ialah keadilan sejagat sangat perlu untuk keharmonian serantau dan
mempertahan emakmuran bersama. Di samping itu kebergantungan antara Negara
perlulah diamalkan. Kita mestilah memelihara keamanan dunia dan kita mestilah
menjadi warga global yang bertanggungjawab serta memelihara kedaulatan Negara
tanggungjawab bersama.
Malahan rakyat
dan pemimpin mestilah berpengetahuan tinggi dan mengwujudkan sistem pentadbiran yang mantap.
Pengajaran yang paling penting ialah kita mestilah mengutamakan perpaduan dan kepentingan Negara melalui amalan semangat tolak ansur antara negara-negara
serantau
(Mana-mana jawapan
munasabah)
8.0
Rumusan
Banyak
pengetahuan yang saya peroleh daripada sejarah perhubungan Malaysia dengan
Negara serantau. Antaranya ialah Malaysia sentiasa bersikap proaktif dan mengambil langkah yang dinamis dalam strategi
dasar luarnya bagi memastikan Negara
dapat terus bersaing dengan negara lain. Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau iaiu ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Saya juga mengetahui faktor-faktor yang
menjadi asas pembentukan dasar luar Malaysia. Selain itu Malaysia banyak
memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau dan banyak faedah Malaysia
peroleh dengan menganggotai pertubuhan serantau.
Negara kita haruslah mengukuhkan hubungan diplomatik bagi
menjamin keharmonian sejagat dan memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu dalam apa
jua pertubuhan yang disertai. Malahan rakyat Malaysia haruslah mengambil ikhtibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian negara lain yang sedang
bergolak. Sebagai pelapis kepemimpinan negara saya haruslah mencontohi para
pemimpin Malaysia yang memberi
sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan Antarabangsa
Pemimpin negara akan terus menyumbangkan idea dan kepakaran
untuk memajukan pertubuhan serantau dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan
negara serantau agar politik dan ekonomi negara terus kukuh. Harapan saya negara kita akan terus dihormati
oleh negara-negara jiran dan bersama-samalah kita memelihara maruah negara