Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara –
negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk
sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.
Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos
1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Teenager atau
lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah
mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu
sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup
penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan
serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada
lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.
Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia
Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar,
Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai
pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan
dalam Zon Asia Tenggara.
Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi
memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau.
Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya
dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan
November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara
anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat
mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan
utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik
di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau
blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar.
Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan
mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak
akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini
menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap
konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN
telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek
baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi
ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di
Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus
(EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju
terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja
kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN +
3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara
negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri
– Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan
tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan
Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah
kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang
kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan
televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan
hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan
kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau
melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui
peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
No comments:
Post a Comment