Pages

Friday, October 21, 2011

Fokus Tingjkatan 4 : Bab 9 dan 10

BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH****

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap ?

F1 Eropah mengalami zaman mundur

F2 Kejatuhan empayar Rom di Eropah

F3 merupakan peringkat awal zaman Pertengahan

F4 Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

Jelaskan ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah.

F1 - Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan

F2 - Gereja katolik institusi amat berkuasa, kongkong masyarakat

F3 - Gereja memiliki harta tanah yang banyak

F4 - Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan agama , ilmu akhirat

F5 - Tiada pentadbiran pusat yang berkesan

F6 - Kemunculan golongan baron / tuan tanah

F7 - Golongan petani mencari perlindungan daripada tuan tanah

F8 - Petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah

F9 - Petani yang tidak berkemampuan menyerahkan tanah

F10 - Terpaksalah mereka menjadi hamba

F11 - Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja

F12 - Tuan tanah memberikan khidmat / cukai kepada raja

F13 - Kegiatan ekonomi terhad, tumpuan kepada pertanian

F14 - Kegiatan perdagangan tidak meluas

F15 - Perdagangan diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking dan Magyar

F16 - Kawasan Meditteranean pula dikuasai oleh orang Islam

F17 - Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang / barter

F18 - Penggunaan mata wang terhad

F19 - Kemerosotan kehidupan bandar

Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap

F1 Gereja amat berkuasa

F2 Gereja memiliki hartanah yang banyak

F3 Kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama

F4 Berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja

F5 Gereja mengongkong kehidupan masyarakat

Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada Zaman Gelap

F1 Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar

F2 Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam

F3 Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian

F4 Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian

F5 Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter

F6 Penggunaan mata wang amat terhad

F7 Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh

Mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka ?

F1 Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )

F2 Raja memiliki tanah secara mutlak

F3 Pentadbirannya dibantu oleh pembesar

F4 Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir

F5 Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja

F6 Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja

F7 Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada zaman Gelap ?

F1

· Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar

F2

· Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam

F3

· Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian

F4

· Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian

F5

· Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter

F6

· Penggunaan mata wang amat terhad

F7

· Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh

Jelaskan tiga faktor yang menyumbang kepada perkembangan Revolusi Pertanian di Britain.

F1

Perubahan sistem pemilikan tanah/penggunaan tanah

H1a

Kesan daripada pertambahan penduduk

H1b

Hasil pertanian perlu dipertingkatkan

H1c

Tuan tanah ingin memanfaatkan tanah awal untuk pengeluaran pertanian secara besar-besaran

H1d

Berlaku peningkatan harga gandum

H1e

Terdapat usaha tuan tanah memagari tanah awam

H1f

Parlimen telah meluluskan Akta Pemagaran Tanah

H1g

Kawasan pertanian yang luas /Ladang

H1h

Golongan petani kecil menjadi buruh ladang

F2

Kaedah/ciptaan baru dalam pertanian

H2a

Penanaman dilakukan dengan lebih efisien/produk dihasilkan dengan lebih lumayan

H2b

Penanaman secara bergilir

H2c

Tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun

H2d

Penanaman pelbagai jenis tanaman mengikut musim

H2e

Tanaman berbeza menggunakan nutrien tanah yang berbeza

H2f

Tanaman tumbuh dengan subur

H2g

Tanaman baru diperkenalkan

C2g

Turnip/ubi kentang

F3

Alatan Jehtro Tull untuk menggali/menugal

H3a

Banyak lubang boleh digali serentak

H3b

Penugalan/penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas

F4

Pertanian komersial

H4a

Penggunaan baja asli secara meluas

H4b

Hasil pertanian semakin bertambah/ tanaman lebih subur

H4c

Berlaku lebihan produk

H4d

Lebihan diperdagangkan

Huraikan sumbangan Revolusi Pertanian terhadap perkembangan Revolusi Industri di Britain.

F1

Penyediaan modal

H1a

Peladang kaya melabur lebihan modal dalam sektor industri

H1b

Berlaku perubahan sikap

H1c

Sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal

F2

Menyediakan bahan makanan

H2a

Menampung keperluan pekerja kilang yang meningkat

H2b

Tidak perlu bergantung kepada import makanan dari luar

H2c

Dana diselamatkan dilaburkan dalam sektor perkilangan

F3

Penyedian bahan mentah untuk sektor perindustrian

Revolusi Pertanian telah memberi kesan yang ketara terhadap perkembangan ekonomi di Britain.

(a) Apakah kegiatan yang dijalankan oleh petani di kawasan tanah awam sebelum perkembangan Revolusi Pertanian.

F1 Bercucuk tanam secara kecil-kecilan

F2 Memelihara ternakan

F3 Memburu binatang

F4 Memancing

(b) Senaraikan dua faktor perkembangan Revolusi Pertanian.

F1 Perubahan sistem pemilikan tanah

F2 Penggunaan kaedah/teknik sintifik

F3 Penggunaan peralatan baru/jentera moden

F4 Pengunaan baja

F5 Kaedah pemasaran produk yang lebih luas

F6 Perkembangan pertanian komersial

F7 Pengenalan Akta Pemagaran Tanah

(c) Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap perkembangan Revolusi Pertanian?

(i) Jethro Tull

F1 Penciptaan jentera membajak/menugal

F2 Memudahkan lubang digali secara serentak

F3 Penugalan dan penanaman dilakukan secara pantas

(ii) Lord Townshend

F1 Memperkenalkan sistem tanaman bergilir

F2 Mendapati tanaman semanggi/clover/turnip sesuai ditanam bergilir

F3 Mendapati turnip tanaman terbaik berbanding semanggi

(d) Mengapakah Revolusi Pertanian dianggap menjadi asas kepada perkembangan Revolusi Perindustrian?

F1 Menyediakan modal

F2 Membekalkan sumber makanan pekerja kilang

F3 Menyediakan bekalan buruh

F4 Mengurangkan import makanan dari luar

F5 Lebihan dana import makanan dilabur dalam sektor perindustrian

(e) Berdasarkan permerhatian anda, apakah usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memajukan bidang pertanian di negara ini?

F1 Pertanian dianggap sebagai perniagaan

F2 Menyediakan kemudahan pinjaman

F3 Menganjurkan Hari Penternak dan Peladang Kebangsaan

F4 Menghasilkan benih-benih yang berkualiti

F5 Melatih usahawan tani

F6 Menubuhkan AgroBank

F7 Memperkenalkan mata pelajaran sains pertanian di peringkat sekolah

F8 Mengeksport hasil pertanian ke luar negara

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA*****

Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak

abad ke -19 ? ******

F1 Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh British

F2 kemakmuran ekonomi

F3 Galakkan British

F4 Keperluan buruh di lombong-lombong dan ladang-ladang

F5 Tidak pernah ditentang oleh orang Melayu

F6 Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India

F7 Terdapat peluang pekerjaan dalam pertanian dan perlombongan

F8 Kestabilan politik di Tanah Melayu

F9 Kemiskinan di tempat asal

F10 Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu

Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke 19.

Kemasukan buruh Cina

F1 Melalui sistem tiket kredit

H1a Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).

H1b Dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa

H1c Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
yang dibayar oleh majikan.

H1c Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja
dengan majikan untuk tempoh tertentu.

H1d Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.

H1e Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan
majikan untuk mereka.

F2 Melalui sistem pengambilan kakitangan,

H2a majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.

H2b Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.

H2c Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga sampai ke tempat majikan.

F3 Sistem pengambilan rumah kongsi

H3a pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah
rumah kongsi.

H3b Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi

Kemasukan buruh India

F4 Sistem buruh bebas

H4a datang sendiri dengan biayaan masing-masing.

H4b kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu

H4c mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

F5 Melalui sistem kontrak

H5a majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.

H5b sebagai balasan Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu n
H5c Dibayar kadar upah 9 hingga 13 sen sehari

F6 Melalui sistem kangani

H6a seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk
mencari buruh.

H6b Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.

H6c Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani

Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah

meninggalkan kesan sosial.

Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan pengetahuan sejarah anda.

F1 Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu

F2 Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum

F3 Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum

F4 Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan

F5 Tidak terdapat interaksi antara kaum

F6 Tidak ada perpaduan antara kaum

F7 Wujud sistem pendidikan vernakular

F8 Taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit

F9 Pembangunan tidak seimbang antara wilayah

F10 Perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran

F11 Peningkatan jumlah imigran Cina dan India

F12 Perbezaan budaya dan cara hidup

F13 Kemunculan bandar

F14 Tidak terdapat interaksi antara kaum

F15 Orang Melayu kekal di luar bandar

F16 Ekonomi / taraf hidup orang Melayu ketinggalan

F17 Perasaan prejudis / prasangka antara kaum

Pada pandangan bagaimanakah masyarakat yang bersatu padu boleh dibentuk di Malaysia ?

F1 Menghayati Rukun Negara

F2 Mewujudkan satu sistem sekolah kebangsaan

F3 Menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan / Mendaulatkan bahasa Melayu

F4 Mengamalkan konsep kejiranan

F5 Meningkatkan peranan Jabatan Perpaduan Negara

F6 Memperkasakan Rukun Tetangga

F7 Melaksanakan program perpaduan di sekolah/RIMUP

F8 Menjayakan program 1 Malaysia

Huraikan faktor perkembangan bandar baru awal abad ke 20.

F1 - Pembinaan kemudahan infrastruktur

H1a - jalan raya / bekalan air bersih / sekolah / pusat kesihatan / institusi kewangan

F2 - Pembinaan sistem perhubungan / kemudahan sistem pengangkutan

C2a - Pembinaan jalan raya yang baik

C2b - Pembinaan jalan kereta api

H2a - Menghubungkan antara pekan dengan pekan/bandar

H2b - Menghubungkan antara kawasan petempatan dengan bandar

F3 - Wujud pertambahan fungsi ekonomi

H3a - Menjadi pusat kegiatan jual – beli

H3b - Pusat pengumpulan barangan

H3c - Pusat pengedaran barangan

H3d - Tempat / pusat orang ramai mendapatkan barangan

F4 - Kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi .

C4a - bijih timah / bijih besi / arang batu / getah / petroleum

H4a - Wujud kawasan kegiatan perlombongan

C4a - Lembah Klang / Ampang / Ipoh / Taiping / Sg. Ujung / Miri

H4b - Wujud kawasan ladang – ladang getah

F5 - Wujud pertambahan penduduk

H5a - British menempatkan imigran Cina dan India di bandar-bandar baru

Terangkan perkembangan mata wang di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka


F1 Sistem mata wang zaman Kesultanan Melayu Melaka

H1a semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah

C1a mata wang emas / perak / timah dikeluarkan

H1b mata wang telah melicinkan urusan perdagangan

H1c mata wang timah berbentuk bulat

H1d mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil

H1e nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang

H1f mata wang asing juga digunakan

H1g mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan

C1b seperti mata wang Pasai / Hormuz / Cambay

F2 Sistem mata wang di Tanah Melayu selain Melaka

H2a terdapat pelbagai jenis mata wang primitif

C2a Dinar emas / kijang di Kelantan

C2b wang emas / kupang emas di Terengganu.

C2c jongkong tampang di Pahang

C2d wang timah / wang katun / wang emas / kupang emas di Johor

C2e wang timah ayam jantan hinggap di atas cincin / wang emas di Kedah

H2b pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak

H2c pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas

F3 Mata wang Eropah

H3a pedagang Eropah memperkenalkan mata wang asing di Tanah Melayu

C3a mata wang perak Sepanyol

H3b mata wang ini bertahan selama 300 tahun

H3c mata wang ini digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat

H3d wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897

H3e wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X III

C3b wang kertas

H3f hanya mata wang kertas sahaja yang sah digunakan

H3g untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat

H3h mata wang kerajaan Melayu telah terhapus.

Jelaskan peranan institusi kewangan di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20.

F1 Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur

F2 Memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah

F3 Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan

F4 Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi

F5 Dana dari luar disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat

F6 Bank bertindak sebagai agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport

F7 Menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin

F8 Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador).

F9 Komprador menjadi penaja kepada peminjam

F10 Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat menjana perkembangan sektor
ekonomi negara

Terangkan faktor perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan akhir kurun ke 19.

F1 - Pembinaan jalan kereta api

H1a - Mempercepatkan pengangkutan hasil ke pelabuhan

H1b - Membawa hasil lombong bijih timah

H1c - Jalan kereta api pertama dibina menghubungkan Taiping ke Port Weld di Perak

H1d - Mengangkut hasil perusahaan getah

F2 - Jalan kereta api menghubungkan bandar – bandar besar di Tanah Melayu

H2a - Jalan kereta api di bahagian timur menghubungkan Gemas, Pahang, dan Kelantan ke sempadan Siam

F3 - Jalan kereta api dibina menghubungkan kawasan pedalaman .

H3a - Menggalakkan pembukaan kawasan ladang getah.

H3b - Di Johor orang Eropah mula melabur dalam perusahaan getah

H3c - Kereta api mempercepatkan pengangkutan dengan muatan yang banyak.

F4 - Jalan denai/ kereta lembu digantikan dengan jalan raya yang berturap dan tanah merah

H4a - Mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah diganti dengan jalan raya

H4b - Pembinaan jalan raya semakin berkembang

H4c - Di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah

H4d - Perak dan Selangor mempunyai rangkaian jalan raya yang baik

H4e - Jalan raya semakin popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902

F5 - Tahun 1911 jalan raya dari Seberang Prai ke Melaka siap telah siap dibina.

H5a - Jalan raya dibina menghubungkan Perlis ke Singapura dibina pada tahun 1911-1928

H5b - Jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kuantan dibina untuk menghubungkan negeri- negeri pantai barat dengan negeri-negeri pantai timur

F6 - Sistem perhubungan

H6a - Seperti telegraf / telefon / perkhidmatan pos / radio / perkhidmatan udara diwujudkan

H6b - Perhubungan antara negeri-negeri dapat dijalankan dengan lebih cepat dan cekap

H6c - Perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan dengan cepat dan cekap

Jelaskan ciri-ciri pemilikan dan penggunaan tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British. ****

F1 Kadar cukai ditentukan oleh pembesar

H1a Aktiviti ekonomi yang hendak diusahakan mendapat mesti kebenaran pembesar

H1b Tidak mempunyai rekod/catatan mengenai pemilikan tanah

H1c Tidak ada undang-undang/peraturan mengenai pemilikan tanah

H1d Berdasarkan undang-undang adat

F2 Tanah menjadi milik seseorang yang meneroka

H2a Tanah menjadi milik orang yang mengerjakan tanah tersebut

H2b Tanah boleh diwarisi oleh generasi seterusnya

F3 Tanah merupakan sumber ekonomi/pertanian

H3a Menjadi tunggak kuasa politik

H3b Mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu

Jelaskan perkembangan peraturan tanah baru yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Melayu pada abad ke 19.***

F1 Merekod/mencatat pemilikan tanah

H1a Bertujuan menjamin/Mengesahkan pemilikan tanah

H1b Memudahkan urusan pentadbiran

H1c Urusan cukai/pajakan/sewa beli/penjualan/pembelian

F2 Pengenalan undang-undang tanah berkonsepkan Barat

H2a Memudahkan kerja pentadbiran tanah/pembangunan ekonomi

C2a Peraturan Tanah Perak 1879/Kanun Tanah Selangor 1891/ Peraturan Tanah
Sungai Ujong 1887

F4 Pembahagian tanah mengikut kegunaan/nilai komersial

H4a Tanah ladang

H4b Tanah Peribumi

H4c Tanah Perlombongan

H4d Kadar cukai tanah bergantung mengikut kegunaan tanah/nilai komersial

Jelaskan berkaitan undang-undang Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British.***

F1 Akta Tanah Simpanan Melayu 25 November 1913,

H1a Diluluskan oleh Majlis Persekutuan

H1c Untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politikorang Melayu

H1d Bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing

H1e Residen berkuasa mengisytiharkan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan
Melayu (TSM)

H1f Menyelamatkan tanah tersebut daripada dijual/dipajakgadai/ditukar milik kepada orang
bukan Melayu

H1g Pihak British sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi mereka

H1h Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan TSM

H1i Kebanyakan kawasan TSM tidak subur

H1j Tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan

H1k Kawasan yang subur didapati terlalu kecil

Bagaimanakah British mengurangkan penglibatan pekebun kecil Melayu dalam

sektor perladangan getah?****

F1 Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917

H1a Melarang penanaman getah di kawasan padi

H1b Untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah

F2 Premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan

F3 Pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah dilarang

H3a Penglibatan orang melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan sahaja

F4 Rancangan Sekatan Stevenson 1922 diperkenalkan

H4a Rancangan ini mengehadkan pengeluaran getah

H4b Untuk melindungi pemodal dan pengusaha Eropah

F5 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa dilaksanakan

H5a Pekebun kecil / orang melayu diberi kuota yang rendah

F6 British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air

H6a Untuk membaiki sistem perparitan dan tali air

H6b Membantu kegiatan penanaman padi

H6c British juga menggalakkan pelaburan Eropah

H6d British meminggirkan golongan pekebun kecil / orang melayu

F7 Insentif kewangan / bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebunkecil / orang melayu

H7a British meminggirkan pekebun kecil / orang melayu daripada aliranekonomi

No comments:

Post a Comment