Pages

Wednesday, October 26, 2011

Fokus Tingkatan 5 : Bab 4 dan 6

BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Jelaskan tiga faktor pengenalan Malayan Union oleh British

di Tanah Melayu***

F1 Persediaan membentuk kerajaan sendiri

F2 Melahirkan pentadbiran yang licin

F3 Menjimatkan kos pentadbiran

F4 Membentuk sebuah bangsa Malayan Union

F5 Supaya kaum pendatang melupakan negara asal mereka

F6 Menumpukan taat setia kepada Malayan Union

F7 Dapat menjamin sumber tenaga /pelaburan untuk memajukan negara tidak terbantut.

F8 Menjamin penguasaan berterusan sumber ekonomi negara oleh British

F9 Dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu

Huraikan faktor-faktor orang Melayu menentang pelaksanaan pentadbiran

Malayan Union?***

F1 Membantah tindakan Sir Harold MacMichael

H1a Mengugut Raja-Raja Melayu

H1b Baginda akan diturunkan takhta jika enggan menerima Malayan Union

C1b Contoh Sultan Badlishah di Kedah

H1c Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat
Negeri

C1c Contoh Sultan Perak

H1d Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia
kawan

C1d Contoh Sultan Selangor/Sultan Johor

H1e Keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat
pembaharuan politik

F2 Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu

H2a Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa

H2b Hilangan takhta/kredebiliti sebagai ketua orang Melayu

H2c Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union

H2d Orang Melayu bimbang kedudukan agama Islam akan tercabar

F3 Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang

H3a Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi

H3b Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang

H3c Ekonomi/pendidikan orang Melayu akan mundur

F4 Bimbang warisan tamadun sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka akan hilang

H4a Menghapuskan sejarah yang di bina oleh Kerajaan Melayu Melaka

Bagaimanakah orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu.

F1 Demonstrasi aman secara besar-besaran

H1a Di Kota Bharu(Kelantan)/Di Alor Setar (Kedah)/Di Batu Pahat ( Johor)

F2 Bantahan secara berterusan melalui akhbar Melayu

H2a Warta Negara/Utusan Melayu/Majlis

F3 Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu

H3a Menghantar telegram bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London

F4 Menubuhkan United Malays National Organisation (U.M.N.O)

H4a Sebagai benteng menentang Malayan Union

F5 Mengadakan Kongres Melayu pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman

H5a Dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu

H5b Kongres Melayu kedua pada 30-31 Mac 1946

H5c Membantah pengisytiharan MU pada 1 April 1946

F6 Mengadakan rapat umum

H6a Menunjukkan bantahan kepada ahli Parlimen British/LD Gammans/David Reese Williams

F7 Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946

H7a Menyatakan bantahan kepada ahli parlimen British

Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada

peristiwa orang Melayu menentang Malayan Union tersebut?

F1 Berwawasan dalam tindakan

F2 Sentiasa bersatu padu menuntut hak/Perpaduan kebangsaan

F3 Mentaati pemimpin

F4 Bersemangat setia negara

F5 Berjuang melalui pertubuhan

F6 Berilmu dalam perjuangan

F7 Memelihara warisan bangsa

F8 Peka terhadap masalah politik negara

F9 Berwaspada terhadap kuasa luar

M- Mana-mana yang munasabah

Namakan pertubuhan yang menyokong pelaksanaan gagasan Malayan Union di Tanah Melayu.

F1 Orang dagang

F2 Golongan Melayu radikal

F3 Parti Kebangsaan Melayu Malaya/PKMM

F4 Angkatan Pemuda Insaf/API

F5 AngkatanWanita Sedar /AWAS

F6 BarisanTani Malaya/BATAS

Mengapakah golongan radikal Melayu dan Orang Dagang menyokong pelaksanaan gagasan Malayan Union (MU)

F1 Bersetuju dengan dasar penyatuan negeri-negeri Melayu

F2 Melicinkan pentadbiran

F3 Menyokong dasar sama rata MU

F4 Menolak sistem politik feudal

F5 Menghapuskan perlindungan kepada orang Melayu

F6 Kerakyatan secara terbuka MU

F7 Mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal

F8 Mempercayai janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

F9 Proses ke arah berkerajaan sendiri

F10 Pemerintahan bersifat Barat

F11 Tidak mengiktiraf kuasa raja/pembesar Melayu

F12 Ingin melaksanakan kerajaan mengikut konsep republik

F13 Penyatuan agama Islam

F14 Hal ehwal Islam dipermudah

F15 British cekap untuk membangunkan Tanah Melayu

F16 British merupakan kuasa besar

Pada pandangan anda, apakah kesan sekiranya pentadbiran Malayan Union diteruskan oleh British di Tanah Melayu?

F1 Bangsa Melayu akan terhapus

F2 Kesultanan/Raja Melayu terhapus

F3 Adat istiadat/budaya Melayu pupus

F4 Orang Melayu akan merempat/mundur ekonomi

F5 Agama Islam bukan agama rasmi

F6 BahasaMelayu bukan Bahasa Kebangsaan

F7 YDP Agong tidak menjadi ketua Negara

F8 Imigran akan menguasai ekonomi

BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA****

Namakan tokoh yang mencadangkan idea awal ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia.

F1 Lord Brassey

F2 Sir Malcom MacDonald

F3 Dato’ Onn Jaafar

F4 Tunku Abdul Rahman

Jelaskan Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Malaysia

F1 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

H1a Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak, Sabah dan Brunei.

H1b Tujuannya bagi menerangkan konsep, tujuan dan matlamat Malaysia.

H1c Rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu

H1d Dengan pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

H1e Pembentukan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

H1f Ditubuhkan di Singapura

H1g Dipengerusikan oleh Donald Stephens.

H1h Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman/ Ong Yoke Lin/ Khir Johari/ Lee Kuan Yew
(Singapura)/Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah).

H1i Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

F2 Suruhanjaya Cobbold

H2a Disertai oleh tiga orang pegawai British

H2b Lord Cobbold/ Sir Anthony Abell /Sir David Watherston.

H2c Pemimpin tempatan ialah Dato’ Wong Pow Nee/Tan Sri Ghazali Shafie.

H2d Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.

H2e Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.

H2f Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.

H2g Mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962.

H2h Laporan Suruhanjaya Cobbold

H2i Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah sokong gagasan Malaysia tanpa syarat.

H2j Satu pertiga sokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.

H2k Satu pertiga lagi ingin kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

F3 Cadangan Suruhanjaya Cobbold

H3a Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

H3b Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.

H3c Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

H3d Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.

H3e Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.

H3f Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

F4 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

H4a Memperincikan laporan Suruhanjaya Cobbold

H4b Dianggotai wakil Persekutuan Tanah Melayu/Sabah/Sarawak /Britain

H4c Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne( Menteri Negara bagi Tanah Jajahan)

H4d Dibantu oleh Tun Abdul Razak

H4e Mengunjungi Sabah dan Sarawak untuk menerangkan tentang gagasan Malaysia

H4f Bermesyuarat sebanyak 24 kali

H4g Bertujuan mewajarkan kemasukan Sabah/ Sarawak ke dalam Malaysia

H4h Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak

F5 Perwakilan Malaysia ke PBB (UNMM) [ sambungan ]

H5a Dibentuk oleh Setuasaha Agung PBB, U Thant

H5b Menghantar wakil untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

H5c Diketuai oleh Lawrence Michaelmore

H5d Hasilnya majoriti penduduk bersetuju dengan gagasan Malaysia

Terangkan Tiga Faktor Pembentukan Malaysia

F1 Faktor ekonomi

H1a Pasaran yang luas

H1b Galakkan pelaburan asing

H1c Perkembangan indudtri pertanian

H1d Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi

H1e Memanfaatkan sumber antara negeri

H1f Bijih timah (Tanah Melayu)/Sarawak/Sabah ( Kayu Balak)

F2 Faktor Sosial

H2a Mengimbangi pertumbuhan kaum

H2b Mempercepatkan kemderkaan Sabah/Sarawak/Singapura

H2c Memajukan negeri-negeri anggota

H2d Selari dengan dasar dekolonisasi British

H2e Semangat setiakawan negara anggota

F3 Faktor politik

H3a Kebangkitan pengaruh Parti Barisan Sosialis di Singapura

H3b Ancaman komunis

H3c Tanah Melayu berpengalaman menghadapi ancaman komunis

H3d Ancaman Komunis di Sarawak/ Clandestine Communist Organization(CCO)

H3e Benteng menghadapi ancaman komunis di Sabah dan Sarawak

H3f Menjamin kemerdekaan lebih awal Sabah,Sarawak,Singapura

H3g Mewujudkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara

H3h British ingin melindungi kepentingan mereka di Singapura

Nyatakan pertubuhan yang menyokong gagasan Malaysia

(i) Sarawak

F1 BERJASA (BARISAN RAKYAT JATI SARAWAK)

F2 SNAP ( Sarawak National Party)

F3 PESAKA ( Pesaka Anak Sarawak)

F4 PANAS ( Parti Negara Sarawak)

F5 SCA ( Sarawak Chinese Association)

(ii) Sabah

F1 Pasok Momogun

F2 USNO ( United Sabah National Organization)

F3 UNKO ( United Kadazan Organization)

F4 Parti Perikatan Sabah

Nyatakan kandungan Akta Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1963

F1 Kerajaan Persekutuan mengawal semua urusan luar negara

F2 Agama Islam sebagai agama Persekutuan kecuali Sabah/Sarawak

F3 Bebas mengamalkan agama lain

F4 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

F5 Bahasa lain boleh digunakan

F6 Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi hingga 10 tahun selepas Hari Malaysia bagi
Sabah/Sarawak

F7 Sabah/Sarawak berkuasa mengawal hal ehwal imigresen

F8 Sabah/Sarawak berkuasa mengawal perkhidmatan awam

F9 Sarawak peroleh 24 kerusi/Sabah 16/Singapura 15 kerusi parlimen

F10 Rakyat Sabah/Sarawak dapat taraf sama dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

Jadual berikut berkaitan dengan penubuhan Persekutuan Malaysia.

Tarikh

Peristiwa Sejarah

16 September 1963

Penubuhan Persekutuan Malaysia merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah

(a) Apakah maksud negara Persekutuan?

F1 Penyatuan beberapa buah negeri

F2 Mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan

F3 Dan beberapa buah Kerajaan Negeri

F4 Kerajaan Persekutuan dan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

(b) Berikan dua bidang kuasa Senarai Negeri.

F1 Undang-undang Islam

F2 Tanah

F3 Petanian

F4 Perhutanan

F5 Kerajaan tempatan

F6 Perkhidmatan tempatan

F7 Kerajaan negeri

F8 Hari cuti negeri

F9 Undang-undang negeri

F10 Perhubungan

(c) Nyatakan dua bidang kuasa Senarai Bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

F1 Kebajikan sosial

F2 Biasiswa

F3 Taman Negara

F4 Perancangan bandar

F5 Perancangan wilayah

F6 Penjagaan haiwan

F7 Kesihatan

F8 Kebersihan awam

F9 Parit

F10 Tali air

F11 Pemulihan

F12 Hiburan awam

F13 Perhubungan

(d) Pada pandangan anda, mengapakah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri harus
menjalin hubungan baik?

F1 Kestabilan politik.

F2 Membentuk kerajaan yang berwibawa

F3 Menghindar perbalahan antara kaum / etnik

F4 Menjamin keharmonian

F5 Mewujudkan toleransi

F6 Memastikan kemajuan ekonomi

F7 Memudahkan agihan kekayaan

F8 Menyelaraskan pentadbiran

F9 Mengenepikan semangat kenegerian

F10 Menyatupadukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

Huraikan empat kepentingan pengagihan kuasa pentadbiran.

F1 Membolehkan kerajaan Persekutuan / Kerajaan Negeri menjalankan tugas

H1a Mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

F2 Persekutuan menyatupadukan pelbagai wilayah

H2a Yang dahulunya wujud berasingan

F3 Membentuk hubungan baik

H3a Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

F4 Membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil

H4a Membentuk Kerajaan Persekutuan yang berwibawa

F5 Membantu mengurangkan perbalahan antara etnik

H5a Untuk menjamin keharmonian

F6 Membolehkan pemimpin / rakyat mengekalkan toleransi untuk kepentingan bersama

No comments:

Post a Comment