Pages

Tuesday, August 17, 2010

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Dipetik dari:
www.halaqah.net

Wednesday, August 11, 2010

Fokus SPM 2010

Bab 1 : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

1. Senaraikan cirri-ciri umum system Birokarasi Barat di Asia Tenggara.

Cirri-ciri umum system birokrasi Barat di Asia Tenggara ialah

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat

F2 Diketuai Gabenor Jeneral

F3 menubuhkan biro (jabatan)

F4 Biro diketuai oleh pegawai Barat

F5 Pengenalan Undang-undang Barat

2. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.

Ciri-ciri Birokrasi Barat yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina ialah

F1 wujud pentadbiran berpusat

F2 Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi

F3 wilayah diketuai oleh Datuk Bandar

F4 bandar diketuai oleh Gabenor Kecil

F5 Barangay disatukan dan membentuk Encomeinda

F6 Encomeinda diketuai Encomiendero

F7 Encomiendera berperanan mengutip cukai

3. Seanaraikan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan leh Belanda di Indonesia

Cirri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan Belanda di Indonesia ialah

F1 wujud pentadbiran pusat

F2 diketuai Gabenor Jeneral

F3 menubuhkan jabatan kerajaan

F4 menubuhkan Dewan Tempatan sebagai penasihat

F5 Volksraad ditubuhkan sebagai langkah kea rah kemerdekaan

F6 pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan

F7 tetapi diawasi Belanda

4. Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut di Thailand.

F1 melantik 80 penasihat Barat

F2 penasihat kewangan dari Britain

F3 penasihat pelabuhan dari Britain

F4 polis dari Britain

F5 penasihat kastam dari Amerika Syarikat

F6 penasihat tentera dari Perancis

5. Nyatakan cirri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand.

F1 melantik juruaudit dari Britain

F2 menubuhkan Kabinet Menteri

F3 menubuhkan Majlis Penasihat Rendah

F4 menubuhkan Majlis Mesyuarat Tertinggi

F5 sebagai badan penasihat

6. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina

F1 merupakan gerakan dakyah

F2 dipimpin oleh Jose Rizal

F3 menuntut kebebasan bersuara

F4 menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepenyol

F5 menubuh Liga Filipina

F6 ditangkap dan dibunuh

7. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina

F1 dimulakan oleh Andres Bonifacio

F2 menubuhkan Katipunan

F3 untuk menyatukan bangsa Filipina

F4 mencapai kemerdekaan

F5 melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal

F6 menggunakan akhbar Kalayan

F7 diteruskan oleh Emilio Aguinaldo

F8 bekerjsama dengan Amerika Syarikat

8. Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.

F1 dipelopori Raden Adjeng Kartini

F2 memajukan pendidikan untuk wanita

F3 menulis ‘Penulisan Seorang Puteri Jawa’

F4 dan ‘Habis Gelap Terbitlah Terang’

F5 mendedahkan kemunduran dan penindasan Belanda

F6 Pertubuhan Muhammadiyah

F7 matlamat menyebarkan Islam yang sebenar

F8 menjauhi ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian

9. Jelaskan cirri-ciri nasionalisme tahap kedua di Indonesia

F1 Perjuangan parti-parti radikal

F2 Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI)

F3 lantang menuntut kemerdekaan

F4 walau secara kekerasan

F5 Parti Nasional Indonesia (PNI) diharamkan

F6 kerana berpengaruh

10. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Thailand.

F1 menentang penguasaan politik kerabat diraja

F2 menentang raja berkuasa mutlak

F3 kelemahan system pentadbiran

F4 sikap boros Raja Vajiravudh

F5 pendidikan Barat beri pendedahan system liberal dan

Demokrasi

F6 serta Raja Berperlembagaan

F7 Parti Rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong

F8 melancarkan Revolusi Thai

F9 menamatkan system raja berkuasa mutlak

11. Nyatakan cirri-ciri nasionalisme tahap kedua di Thailand.

F1 rakyat tidak puas hati penguasaan ekonomi orang Cina

F2 dan kapitalis Barat

F3 Phibul Songram, meluluskan undang-undang

F4 menyekat penguasaan ekonomi orang Cina

F5 sekolah dan akhbar Cina dibubarkan

F6 penduduk peribumi digalakkan terlibat dalam ekonomi

F7 jawatan tertinggi hanya untuk penganut Buddha

F8 nama Siam ditukar kepada Thailand

12. Apakah cirri-ciri seorang warganegara yang nasionalis?

F1 cinta akan negara

F2 bangga akan negara

F3 berani mempertahankan negara

F4 sanggup berkorban

F5 semangat kental

F6 bersifat patriotic

F7 berilmu pengetahuan

13. Nyatakan tindakan pemerintah Thailand bagi membela masyarakat peribumi.

F1 meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan orang

Cina

F2 menyekat penguasaan ekonomi orang Cina

F3 sekolah Cina dibubarkan

F4 akhbar Cina dibubarkan

F5 penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam ekonomi

F6 menukarkan nama Siam kepada Thailand

14. Apakah iktibar pengenalan birokrasi Barat di Thailand kepada generasi muda harin ini ?

F1 berilmu pengetahuan

F2 sedia melakukan perubahan

F4 semangat nasionalisme

F5 kepentingan politik yang stabil

F6 kerjasama

F7 perpaduan

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA

KEDUA

1. Jelaskan penentangan Linggir di Sarawak

F1 menentang penaklukan daerahnya

F2 bertindakbalas kerana menghalang pelayarannya

F3 menyerang Kapal Nemesis

F4 di Batang Lupar

F5 tewas dalam pertempuran

2. Nyatakan strategi perjuangan Linggir.

F1 bertempur di hutan

F2 kubu yang kukuh dan strategic

F3 senjata daripada hasil hutan

F4 kekuatan semangat

F5 keberanian

F6 taktik gerila

3. Jelaskan perjuangan Rentap

F1 orang Iban dianggap lanun

F2 orang Iban dihapuskan

F3 Rentap menyerang kubu Nanga Skrang

F4 berjaya mengusir James Brooke

F5 kampung Rentap dibakar

F6 Rentap berundur ke Bukit Sadok

F7 tewas dan berundur ke Ulu Sungai Entabai

4. Huraikan perjuangan Syarif Masahor

F1 menolak penguasaan Brooke di Sungai Rajang

F2 Hilang hak mengutip cukai

F3 hilang pengaruh

F4 Brooke bina kubu di Kanowit

F5 Syarif Masahor menyerang kubu di Kanowit

F6 bersama Datu Patinggi Abdul Ghapur

F7 menyerang kucing tetapi gagal

F8 berundur ke Brunei

F9 dibuang ke Singapura

5. Jelaskan kebangkitan dan perjuangan Dato’ Maharaja Lela menentang British di Perak

F1 bersama Sultan Abdullah, Dato Sagor, Seputum

F2 menentang system cukai

F3 Residen memungkiri fungsi sebagai penasihat

F4 menolak penguasaan British

F5 menolak campur tangan British dalam adat

F6 dan undang-undang British

F7 Birch tidak tahu berbahasa Melayu

F7 tidak menghormati system social tempatan

F8 Dato’ MHL bina kubu di Pasir Salak

F9 menentang undang-undang British

F9 Seputum membunuh J.W.W Birch di Pasir Salak

F10 500 tentera British serang Pasir Salak

F10 dibicarakan di Matang

F 11 dihukum gantung

6. Jelaskan tindakan British terhadap kebangkitan pembesar Perak

F1 menyerang Pasir Salak dengan 500 tentera

F2 bantuan tentera dari India dan Hong Kong

F3 menewaskan pejuang Perak

F4 Perbicaraan di Matang

F5 Hakim ialah Raja Idris dan penasihatnya Frank Swettenham

F6 Dato’ MHL , Dato’ Sagor, Pandak Lam dan Seputum dijatuhi

Gantung

F7 Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Syahbbandar dan

Laksamana dibuang ke Pulau Seychelles

F8 Perak dikuasai sepenuhnya oleh British

7. Jelaskan perjuangan Dato’ Bahaman menentang British di Pahang

F1 menolak undang-undang British

F2 seperti cukai, tanah dan polis luar

F3 bertentangan dengan adat resam

F4 dan system politik tempatan

F5 dasar mengurangkan kuasa pembesar

F6 membina balai polis di Lubuk Terua

F7 menyerang Lubuk Terua

F8 berundur ke Kelantan

F9 dan Bangkok

8. Huraikan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu

F1 menentang system cukai

F2 undang-undang tanah

F3 membersih tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran

F4 tanah milik Tengku Nik Maimunah

F5 penentangan bersenjata

F6 menyerang Kuala Berang

F7 ditumpaskan British

F8 dibuang negeri ke Makkah

9. Jelaskan tindakan British terhadap penentangan Hj Abdul Rahman Limbong.

F1 menggunakan kuasa dan nama sultan

F2 menghantar tiga pembesar untuk menawan Kuala Berang

F3 rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan

F4 membawa 50 polis dari Singapura

F5 menangkap/memburu/memenjara penduduk terlibat

F6 membuang negeri Haji Abdul Rahman Limbong

10. Pada pendapat anda, mengapakah British membuang Haji Abdul Rahman Limbong ke Makkah

F1 menghapuskan pengaruh

F2 menghapasukan pemimpin

F3 menakutkan rakyat

F4 melunturkan semangat rakyat

F5 menamatkan kebangkitan

F6 menunjukkan sifat timbang rasa

11. Jelaskan perjuangan Tok Janggut di Kelantan menentang British

F1 menentang system cukai

F2 enggan bayar cukai

F3 menentang pelantikan penasihat British

F4 bantahan tidak dilayan

F5 layan kasar pegawai

F6 menyerang Pasir Puteh

F7 membentuk kerajaan

F8 menjadi Perdana Menteri

F9 diserang Kapal Cadmus British

F10 dan senjata moden

F11 terkorban dan mayat digantung

12. Pada pandangan anda, apakah muslihat British menggantung songsang mayat Tok Janggut

F1 menakutkan rakyat

F2 menunjukkan kekuasaan

F3 mengelakkan kebangkitan baru

F4 membuktikan kemenangan

Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

1. Terangkan factor pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

F1 sistem politik barat

H1a musnahkan system politic tradisional

H1b residen ambil alih peranan pembesar

H1c pembesar diberi pencen

F2 Dasar British

H2a galakkan orang asing dating melabur, berdagang, bekerja

Dan menatap di TM

H2b jumlah imigran meningkat

H2c persaingan dengan penduduk tempatan

H2d mereka kuasai ekonomi

H2e orang Melayu kekal dengan pertanian padi dan tinggal

Di kampong

F3 Pendidikan Inggeris dan Melayu

H3a melahirkan golongan intelek

H3b mampu berfikir untuk kemajuan bangsa

H3c gunakan idea baru untuk majukan bangsa

F4 Mesin cetak

H4a membantu penyebaran ilmu

H4b sebarkan idea menentang British

F5 Pendudukan Jepun

H5a konsep Kawasan Kesemakmuran Asia

H5b janji merdekakan Tanaha Melayu

H5c kesengsaraan, kekejaman, kekurangan makanan

Dan ubatan

H5d penduduk benci penjajahan kuasa Barat dan Timur

2. Bagaimanakah Penguasan PKM (1945) menyemarakkan semangat nasionalisme ?

F1 PKM menguasai balai polis

F2 PKM memerintah dengan kejam

F3 mereka membunuh dan menangkap sesiapa yang

menyokong Jepun

f4 membakar rumah

3. Bagaimanakah kesedaran politik serantau mencetuskan semangat nasionalisme di TM?

F1 melahirkan ramai golongan intelektual

F2 karya Indonesia menjadi bahan bacaan masyarakat di TM

F3 kemasukan orang Indonesia ke TM memudahkan

penerimaan unsure nasionalisme di TM

4. Jelaskan maksud Gerakan Islah.

F1 gerakan yang mendorong masyarakat Melayu

membentulkan pandangan terhadap Islam

5. Apakah saranan Kaum Muda / Gerakan Islah untuk memajukan orang Melayu?

F1 menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

F2 menekankan pendidikan dunia dan akhirat

F3 mempelajari mata pelajaran Fardu Ain, Ilmu Hisab dan

bahasa Inggeris

F4 menggalakan pendidikan untuk perempuan

F5 mengkritik raja dan pembesar Melayu

F6 memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan social