Pages

Friday, April 30, 2010

Bab 5 :Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka

Sistem Ahli

1. Nyatakan tujuan Sistem Ahli ditubuhkan.

F1 Untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan Sistem Ahli ?

F1 Dato' Onn Jaafar hasil perbincangan dengan Sir Henry Gurney

3. Apakah faedah Sistem Ahli?

F1 Akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya (PKM)

4. Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.

F1 Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang
pegawai tadbir dan tokoh masayarakat untuk memegang jawatan yang
dibentuk
F2 Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli , contoh: Ahli Hal Ehwal dalam
Negeri
F3 Pelantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan
Majlis Raja- raja Melayu
F4 Ahlinya terdiri dariapada sembilan orang anggota iaitu lima orang
penduduk Tanah Melayu dan empat pegawai Inggeris
F5 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

Friday, April 2, 2010

Apakah iktibar peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?.

1. Perlu tegas untuk melakukan bantahan terhadap British.
2. Perlu rundingan dengan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sebelum sesuatu
dasar hendak dibuat.
3. Penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka.
4. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang menjadi benteng perjuangan
menentang Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Namakan bekas pegawai British yang menyokong pembubaran Malayan Union.

1. Sir Frank Swettenhan
2. Sir R.O. Winstedt
3. Sir Maxwell
4. Sir cecil Clementi

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Persekutuan Tanah
Melayu 1948
1. Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan
Dato' ann Ja'afar.
2. Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja
dan rakyat memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar
perlindungan ke atas orang Melayu.
3. Sokongan bekas pegawai British yang pemah berkhidmat di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
4. Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcom MacDonald,
Sir Edward Gent dan L.D. Gammans Malayan Union dihapuskan.
5. Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan hanya menulis dalam
akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu untuk
menyokong penentangan terhadap British bukan melalui senjata.
6. British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana kedua duanya hanya menuntut
rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntut kemerdekaan.
7. British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik
Indonesia
yang dikuasai oleh golongan radikal seperti PKMM, API, AWAS danBATAS.
8. Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya, meminta
negaranegarakolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk
tempatan.





Nyatakan tuntutan orang Melayu terbadap British untuk pembentukanPersekutuan
Tanah Melayu 1948.

1. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur MalayanUnion.
2. Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu.
3. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
4. Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu
5. dan orang Melayu dipulihkan.
6. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri
Melayu diakui semula.

Apakah tindakan yang diambil oleh AMCJA-PUTERA setelah diketepikan
Jawatankuasa Eksekutif dalam rundingan Pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu?

1. AMCJA-PUTERA. menentang British dan UMNO kerana Jawatankuasa
Eksekutif tidak mewakili orang dagang dan golongan radikal Melayu.
2. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi
dan mogok.
3. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan, iaitu Perlembagaan Rakyat.
4. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.
5. Sebuah keraj aan pusat dan Majlis Negeri - Negeri dipilih.
6. Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab
terhadap rakyat.
7. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan.
8. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.
9. Kerakyatan yang sama.
10. Merah putih menjadi warna bendera Tanah Melayu.
11. Bahasa Melayu harus dijadkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
12. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab
bersama ritish dan Tanah Melayu.
13. Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu.

Huraikan perubahan pentadbiran setelah British memperkenalkan Persekutuan
Tanah MelayU 1948 di Tanah Melayu
.

1. Perkongsian kuasa di peringkat pusat antara Majlis Raja-Raja dengan
Pesuruhjaya Tinggi.
2. Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai
ketua pentadbir negeri.
3. Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan
kerajaan negeri dan seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
4. Syarat kerakyatan diperketatkan.
5. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu dan
Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang).
6. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
7. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang
jelas dalam pentadbiran.
8. Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis
dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan
sehingga hari ini.
9. Pengenalan semula Rakyat Raja Melayu membuktikan penerusan dasar
perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, status quo
Negeri-Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan adat istiadat Melayu
sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.
10. Prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu
dimasukkan ke dalam PerjanjianPersekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai undang-
undang bertulis.
11. Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-
Raja Melayu dan orang Melayu yang diteruskan selepas tahun 1948.

Siapakah tokoh di kalangan Sultan yang bertanggunjawab dalam pembentukan
Persekutuan TanahMelayu 1948? (ms 108-109)

1. SultanBadlishah
2. SultanAbdulAziz
3. Sultan Ibrahim

Apakah tuntutan yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dalam perundingan
Persekutuan Tanah Melayu 1948? (ms 109)

1. Mereka telah menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
seperti sebelum tahun 1941.
2. Mengekalkan perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu.
3. Menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan
hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.

Siapakah tokoh Melayu yang mewalili perundingan dengan British dalam
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu l948.. (ms 109)

1. Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor)
2. Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan)

Apakah kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? (ms 108)

1. Sebuah persekutuan di bentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Persuruhjaya Tinggi British.
3. Konsep Raja berperlembagaan diwujudkan.
4. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
5. Persuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melavu.

Pergerakan Politik Sabah dan Sarawak

Senaraikan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British. (ms110)

1. Persatuan Melayu Sarawak.
2. Persatuan Dayak Sarawak
3. Barisan Pemuda Sarawak
4. Barisan Pemuda Melayu Sibu.

Mengapakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner
Brooke kepada British? (ms 110)

1. Dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak.
2. Keturunan James Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di
London sebagai tanahjajahan mahkota.
3. Mereka menentang tindakan Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut
bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
4. Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan
atau ketua-ketua mereka.
5. Vyner Brooke menerima sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai
British menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota
British.

Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakat tempatan menentang penjajahan
Britishdi Sarawak?

1. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak , Barisan
Pemuda Melayu Sibu dan Persatuan Dayak Sarawak menentang pengisytiharan
tersebut secara terbuka.
2. Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan
menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
3. Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda
bantahan.
4. Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak menubuhkan
kumpulan Rukun Tiga Belas, sebagai tindak balas terhadap tekanan politik
British.
5. Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam
oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada3 Disember 1949.

Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British tidak
mendapat tentangan. Jelaskan

1. Kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
2. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan , Persatuan Melayu Jesselton serta
Barisan Pemuda Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang
bersifat sederhana