Pages

Friday, April 30, 2010

Bab 5 :Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka

Sistem Ahli

1. Nyatakan tujuan Sistem Ahli ditubuhkan.

F1 Untuk melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran
Tanah Melayu

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan Sistem Ahli ?

F1 Dato' Onn Jaafar hasil perbincangan dengan Sir Henry Gurney

3. Apakah faedah Sistem Ahli?

F1 Akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya (PKM)

4. Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.

F1 Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang
pegawai tadbir dan tokoh masayarakat untuk memegang jawatan yang
dibentuk
F2 Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli , contoh: Ahli Hal Ehwal dalam
Negeri
F3 Pelantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan
Majlis Raja- raja Melayu
F4 Ahlinya terdiri dariapada sembilan orang anggota iaitu lima orang
penduduk Tanah Melayu dan empat pegawai Inggeris
F5 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

No comments:

Post a Comment