Pages

Saturday, June 19, 2010

BAB 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Objektif Pembelajaran :

1. Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia
2. Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya
3. Menyatakan proses pilihan raya
4. Menghuraikan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
5. Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Jelaskan Ciri-ciri Utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

1. Raja Berperlembagaan
2. Perlembagaan
3. Parlimen
4. Pilihan Raya
5. Kuasa Pemerintahan
6. Parti-parti Politik
7. Kebebasan Asasi

Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi ?

1. Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan
raya
2. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya

Nyatakan dua corak pemerintahan negara demokrasi .

1. Sistem Raja Berperlembagaan
2. Sistem Republik

Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Raja Berperlembagaan ?

1. Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
2. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri

Jelaskan ciri-ciri Sistem Republik.

1. Menolak institusi beraja
2. Kerajaan diketuai oleh presiden
3. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
4. Terdapat presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara :
a. Perancis
b. Korea Selatan
c. India
d. Filipina

Apakah corak sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ?

1. Demokrasi Berparlimen
2. Raja Berperlembagaan

Jelaskan maksud Demokrasi Berparlimen.

1. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
2. Raja-raja Melayu lambang taat setia rakyat
3. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
4. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
5. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui
pilihan raya

Nyatakan kebaikan amalan demokrasi berparlimen.

1. Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil
2. Berjaya membawa keamanan dan suasana harmoni
3. Rakyat yang menentukan teraju pemerintahan
4. Rakyat berhak memilih pemimpin yang adil dan bijak
5. Menjamin keselamatan negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ?

1. Undang-undang tertinggi
2. Asas pembentukan kepada sesebuah kerajaan
3. Dijadikan dokumen rasmi
4. Terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
5. Menentukan hala tuju pentadbiran negara
6. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat


Huraikan latar belakang Perlembagaan Malaysia.

1. Diperkenalkan pada 16 September 1963.
2. Mengandungi 183 perkara
3. Mengandungi pelbagai peruntukan :
- Senarai Kerajaan Persekutuan
- Senarai Kerajaan Negeri
- Institusi Yang di-Pertuan Agong
- Parlimen
- Jemaah Menteri
- Badan Kehakiman
4. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan :
- Senarai Persekutuan
- Senarai Negeri
- Senarai Bersama

Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan.

1. Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
2. Ketertinggian dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong,
kuasa perundangan dan kebebasan asasi.
3. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
4. Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
5. Mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
6. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah
tidak sah
7. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
8. Perkara 75, menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
9. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin
keluhuran dan ketertinggian undang-undang.

Tuesday, June 15, 2010

Tamadun Indus

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1. a) Jelaskan tentang tamadun Indus daripada aspek

i. lokasi

ii. proses pembentukan

iii. organisasi social

iv. ekonomi

CONTOH JAWAPAN :

i. Lokasi dan latar belakang

  1. Tamadun terawal di dunia
  2. Terletak di Lembah Indus
  3. Disaliri Sungai Indus
  4. Dikenali sebagai tamadun Harappa.
  5. Muncul sekitar tahun 2500 SM
  6. Merosot pada 1800 SM kerana :

a. Serangan orang Aryan

b. Bencana alam seperti kemarau, banjir dan gempa bumi

Proses Pembentukan

  1. Barat laut India wujud penduduk mengamalkan kehidupan nomad
  2. Kemudian membentuk petempatan kekal sepanjang Sungai Indus
  3. Sungai Indus :

a. Menyediakan sumber air

b. Menyuburkan tanah

  1. Masyarakat Indus pandai sesuaikan diri dengan alam sekitar
  2. Meningkatkan penghasilan pertanian
  3. Membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
  4. Ini menyumbang kepada perkembangan Bandar
  5. Contoh Bandar :

a. Mohenjo-Daro

b. Harappa

  1. Bandar pelabuhan ialah:

a. Lothal

b. Sutkagen Dor

Organisasi Sosial

  1. Terbahagi kepada dua golongan :

a. Golongan atasan

b. Golongan bawahan

  1. Golongan atasaan :

a. Pendeta

b. Pedagang

  1. Golongan bawahan :

a. Petani

b. Buruh

  1. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat.
  2. Golongan bawahan memberi ketaatan kepada pendeta
  3. Sejarawan berpendapat pemerintahan dipegang oleh pendeta.
  4. Petani :

a. menjalankan aktiviti pertanian

b. Menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.

  1. Buruh menjalankan kerja perburuhan seperti :

a. Menjaga kebersihan Bandar

b. Membina tembok di benteng

c. Membina terusan

Kegiatan Ekonomi/Pengkhususan Pekerjaan

  1. Pelbagai kegiatan :

a. Perdagangan

b. Pertanian

c. Pertukangan

d. Pembuatan

  1. Aktiviti perdagangan :

a. Perdagangan luar dengan Mesopotamia

b. Bukti melalui cap mohor

c. Hasil perdagangan ialah emas, gading gajah, manic dan hasil pertanian

  1. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti barli dan kacang
  2. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan tembikar

Monday, June 7, 2010

TAJUK FOKUS TINGKATAN 4 SPM 2010

BAB 1
1. Tamadun Indus
2. Tamadun Hwang Ho

BAB 2
1. Perluasankuasa
2. Sosial
- Pendidikan
- Falsafah
- Sains dan Teknologi
- Seni dan Seni Bina
3. Sumbangan Tamadun
- Yunani
- Rom
- India
- China

BAB 3
1. Cara Kedatangan Agama Hindu dan Budhha dalam Kerajaan Awal
2. Pengaruh Hindu Budhha dalam Sistem Pemerintahan
3. Pengaruh Hindu Buddha dalam
- Kesenian
- Seni Bina
- Kesusasteraan
- Bahasa Sanskrit

BAB 4
1. Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w
2. Penyebaran Islam di Makkah
3. Reaksi Masyarakat Arab

BAB 5
1. Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
2. Hijrah
3. Sebab dan Tujuan Hijrah
4. Kepentingan Hijrah
5. Piagam Madinah
6. Kandungan Piagam Madinah
6. Penyebaran Islam
7. Mempertahankan Hak dan Maruah
9. Pembukaan Semula Kota Makkah
10.Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

BAB 6
1. Khalifah Umar al-Khatab
2. Kerajaan Bani Umaiyah
- Pembentukan Kerajaan
- Sumbangan
- Kejatuhan
3. Kerajaan Bani Abbasiyah
- Pembentukan Kerajaan
- Sumbangan
- Kejatuhan

BAB 7
1. Teori dari Semenanjung Tanah Arab dan Bukti
2. Teori dari China dan Bukti
3. Teori dari India dan Bukti
4. Cara/Faktor Kedatangan Islam
5. Pengaruh Islam di Asia Tenggara
- Pentadbiran
- Pendidikan
- Perniagaan

BAB 8
1. Kesan Kedatangan Islam Terhadap Politik
2. Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya:
- Pendidikan formal
- Pendidikan Tidak Formal
- Gaya Hidup
3. Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

BAB 9
1. Zaman Gelap dan Ciri-cirinya
2. Reformation
3. Penjelajahan dan Penerokaan
4. Revolusi Pertanian
5. Revolusi Perindustrian
6. Imperialisme Barat di Asia

BAB 10
1. Ekonomi Dagangan
2. Sistem Pertanian Komersial
3. Penggunaan Tenaga Buruh Luar
- Kemasukan imgiran China
- Kemasukan imigran India
4. Institusi Kewangan dan Insurans
5. Dasar British Terhadap Pertanian
- Undang-undang Berhubung Tanah
- Dasar Terhadap Pekebun Kecil
8. Kesan-Kesan Dasar Ekonomi
- Pembandaran
- Pembenukan Masyarakat Berbilang Kaum
- Sistem Pendidikan Vernakular
- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
- Perkhidmatan Kesihatan