Pages

Thursday, November 13, 2014

SEJARAH 1249/1/2/3

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah, telah selesai kertas 1249 sejarah spm 2014. Moga semua mendapat keputusan yang cemerlang.

drp:
ckgrmy

Friday, November 7, 2014

Perfect Score SBP

perfect score sbp

CONTOH SOALAN KBAT SPM 2012 DAN 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) – ARAS APLIKASI

Kepentingan / manfaat / faedah / kesan / kebaikan
Penerangan
Jawapan bagi soalan ini adalah sama dengan:
  i) Ciri-ciri
  ii) Syarat-syarat
  iii) Isi kandungan
  iv) Maksud

BAHAGIAN A (STRUKTUR)
Tingkatan 4
Bab 4: Islam dan Penyebarannya di Makkah
2. (c) Nyatakan tiga kesan sekiranya masyarakat Malaysia mengamalkan amalan jahiliah.

         i)………………………………………...……........................

         ii)…………………………………………..........................
     
        iii)...…………………………………………………………….
                                                                                                                                    [ 3 markah ]

Tingkatan 5
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
3. (d) Jelaskan kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang
          tinggi.

            i)……………………………………………...............

            ii)……………………………………………………                                                                                                                                                                                                       [ 2 markah ]

BAHAGIAN B (ESEI)
Tingkatan 5
Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
8. (b) Terangkan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap penduduk tempatan di Asia Tenggara sebelum mencapai kemerdekaan.                                                                                   [ 4 markah ]

        

Wednesday, November 5, 2014

DARIPADA BLOG cikguchejah

soalan KBAT

KBAT BERFOKUS KEPADA PEMIKIRAN ARAS TINGGI MEMBERI TUMPUAN PADA

i.  MENGAPLIKASI-Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu yang baru

ii  MENGANALISIS- mencerakin atau menstruktur maklumat

iii MENILAI- membuat pertimbangan berdasarkan kriteria

iv MENCIPTA- menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu


contoh soalan ANALISIS

Perjuangan seorang pemimpin sangat penting dalam usaha mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Bandingkan peranan yang dimainkan oleh pemimpin setempat menentang perluasan pengaruh British pada awal abad ke-19 dengan pemimpin masa kini dalam usaha memelihara dan mengekalkan kedaulatan negara dan bangsa.

jawapan yang dicadangkan ialah

PEMIMPIN SETEMPAT                              PERSAMAAN                          PEMIMPIN MASA KINI
 
mempertahankan hak                               mempertahankan tanahair                         membangunkan negara

bersifat setempat                                       bersungguh-sungguh berjuang                     bersifat global

alat tradisional                                           anti kuasa asing                                 pentingkan ilmu & teknologi



contoh soalan MENCIPTA

Pada 21 Julai 1875 Dato Maharajalela dan pembesar-pembesar Melayu telah mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.

Jika anda menjadi salah seorang ahli dalam mesyuarat tersebut terangkan cadangan yang boleh dikemukakan untuk menghalang campurtangan British di Perak tanpa berlaku pertumpahan darah.

cadangan jawapan

Mengadakan rundingan dengan pihak British
Mendesak British mengurangkan cukai
Memajakkan Pulau Pangkor kepada British
Meminta bantuan daripada kerajaan Melayu lain

contoh soalan  APLIKASI

Sekiranya anda adalah Tok Janggut bagaimanakah anda akan mengekalkan kedaulatan di kawasan pentadbiran anda?

cadangan jawapan

mengadakan rundingan
menyatukan penduduk
membuat pemodenan
menjalin hubungan erat dengan pembesar luar daerah/negeri

sebagai generasi muda yang patriotik bagaimana anda memainkan peranan dalam mengukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat hari ini.

cadangan jawapan

cinta negara
menghayati rukun negara
mengukuhkan perpaduan
mematuhi peraturan /undang-undang
menguasai ilmu pengetahuan
menguasai pelbagai kemahiran
menghayati konsep 1 malaysia
mengamalkan semangat toleransi

contoh soalan menilai

Apakah perasaan anda  apabila melihat sekumpulan remaja sedang memijak bendera Malaysia?Nyatakan tindakan anda terhadap kumpulan ini?

cadangan jawapan

marah/sedih/kecewa
tindakan
menasihati / melaporkan pada ketua kampung/memberitahu ibubapa mereka

Nota KBAT SEJARAH SPM : Sumbangan Team Sejarah JPN Kedah