Pages

Sunday, April 15, 2012

latihan kertas 2. Bab 5

SOALAN STRUKTUR

1. Idea penubuhan Sistem Ahli oleh pihak British adalah selaras dengan hasrat British untuk

menjalankan dasar dekolonisasi.

a). Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ahli?

………………………………………………………………………………………….....

( 2 markah )

b). Apakah yang dimaksudkan dengan dekolonisasi?

…………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

c). Senaraikan TIGA ciri Sistem Ahli.

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….

iii. ………………………………………………………………………………………….

( 3 markah )

d). Nyatakan TIGA tanggungjawab setiap portfolio dalam Sistem Ahli.

i. …………………………………………………………………………………………..

ii. …………………………………………………………………………………………..

iii. …………………………………………………………………………………………..

( 3 markah )

2.

a). Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?

…………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

b). Antara langkah yang telah diambil ke arah pakatan murni ialah penubuhan Jawatankuasa

Perhubungan Antara Kaum (CLC). Nyatakan DUA persetujuan hasil rudingan UMNO-CLC

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

c). Berikan DUA sebab Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

d). Nyatakan DUA pekara yang diterima oleh bukan Melayu dalam Perkembagaan Persekutuan

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

e). Nyatakan DUA kepentingan Perjanjian Persekutuan.

i. ………………………………………………………………………………………….

ii. ………………………………………………………………………………………….

( 2 markah )

SOALAN ESEI

1. a).Sebelum penubuhan Perikatan yang mengabungkan UMNO, MCA dan MIC, telah terdapat

beberapa usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah

Melayu. Bincangkan langkah-langkah awal yang telah diambil ke arah matlamat itu.

( 14 markah )

b). Dalam pilihan raya 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang besar. Jelaskan

pekara yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan bagi menghadapi pilihan raya

tersebut.

( 6 markah )

2. a) Jelaskan isu yang menjadi panduan Suruhajaya Reid ketika merangka Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

( 6 markah )

b). Bincangkan isi-isi penting yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan 1957.

( 14 markah )


skema jawapan:

STRUKTUR

1.a) Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu

( 2 markah )

b). Dasar memberi bantuan ke arah bekerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah

jajahan.

( 2 markah )

c). i. diwujudkan kabinet bayangan.

ii. anggotanya dikenali sebagai Ahli.

iii. perlantikan ahli oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

Melayu.

iv. anggotanya seramai 9 orang iaitu 5 penduduk tempatan dan 4 pegawai Inggeris.

v. ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

( 3 markah )

d). i. menguruskan pentadbiran harian jabatan.

ii. mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan.

iii. membentangkan cadangan undang-undang dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

iv. berbincang dengan pegawai kanan British berkaitan cadangan undang-undang.

( 3 markah )

2. a). usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik

melalui rundingan.

( 2 markah )

b). i. penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa.

ii. Kerakyataan Negeri diberikan kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu.

iii.pilihan raya di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan diadakan

( 2 markah )

c). i. cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu dikecam dan ditolak.

ii. Kerakyatan Negeri menjadikan orang Melayu bukan rakyat tunggal Tanah Melayu.

iii. keperluan kerjasama semua kaum dalam sebuah parti untuk mencapai kemerdekaan

Tanah Melayu. ( 2 markah )

d). i. mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

ii. agama Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

iii. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ( 2 markah )

e). i. kerajaan demokrasi berkonsepkan raja berperlembagaan dibentuk.

ii. wujud perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.

iii. tercapainya keharmonian kaum di Persekutuan Tanah Melayu.

iv. hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang berdaulat dan

merdeka. ( 2 markah )

ESEI

1. a). Langkah-lamhkah ke arah Pakatan Murni

Tema

Huraian

CLC

menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang dianggotai wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Kerjasama

titik permulaan kerjasama kaum di Tanah Melayu.

Dasar

perubahan dasar UMNO kerana kesanggupan berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa depan negara.

Buka

cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

IMP

penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) oleh Dato’ Onn Ja’afar.

Kaum

konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

Gagal

IMP gagal kerana kaum-kaum di Tanah Melayu masih mengasingkan diri mereka.

Persidangan

penubuhan Persidangan Nasional bagi mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman.

Konvensyen

UMNO menganjurkan Konvensyen Nasional yang disertai pelbagai parti dan persatuan politik.

9 isi x 2 markah = mak 14 markah

b). Pekara dalam manifesto Parti Perikatan menghadapi pilihan raya 1955.

Tema

Huraian

Kemerdekaan

kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa empat tahun.

Pendidikan

mewajibkan pendidikan kepada penduduk Tanah Melayu.

Tempatan

menjadikan perkhidmatan awam di Tanah Melayu bercorak tempatan.

Hak

menjaga hak asasi manusia.

Raja-Raja

melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

5 isi x 2 markah = mak 6 markah

2. a) Isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan .

Tema

Huraian

Merdeka

perlembagaan yang dirangka adalah perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Pusat

pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat.

Autonomi

mengwujudkan kuasa autonomi negeri dalam bidang-bidang tertentu.

Kedudukan

mengambil kira kedudukan khas Raja-Raja Melayu.

Istimewa

mengambil kira hak istimewa orang Melayu.

Bangsa

pengwujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu.

6 isi x 2 markah = mak 6 markah

b). Isi-isi penting dalam Perjanjian Persekutuan 1957.

Tema

Huraian

Kerajaan

pembentukan sebuah kerajaan persekutuan.

Pemisahan

pemisahan kuasa pusat dan kuasa negeri melalui Senarai Pusat dan Senarai Negeri.

Berperlembagaan

institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara.

Kerakyatan

diwujudkan tiga jenis kerakyatan iaitu secara Kuatkuasa Undang-Undang, Permohonan dan Naturalisasi.

Jus Soli

prinsip Jus Soli diterima.

Kedudukan

kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan.

Islam

agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan.

Tanah

konsep Tanah Simpanan Melayu diteruskan.

Bahasa

bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

YdPA

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Demokrasi

pentadbiran negara bersifat demokrasi iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa parlimen.

Negeri

di peringkat negeri Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran yang dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

12 isi x 2 markah = mak 14 markah

Bab 5 : Pembinaan Negara Bangsa Yang Merdeka

5.1 SISTEM AHLI

1. Ciri-ciri Sistem Ahli

· sistem bertujuan melatih penduduk Tnh Mel dan kaum lain mentadbir Tnh Melayu

· merupakan cabinet bayangan, Anggota cabinet dikenali sebagai ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dgn persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

· keanggotaan Sistem Ahli ialah seramai 9 org, iaitu 5 pendududk Tnh Mel dan 4 pegawai Inggeris

2. Proses pelaksanaan & kepentingan Sistem Ahli

· Ahli yang dilantik diberi tugas mengetuai satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan

· Ahli menguruskan pentadbiran serta mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya. Mengadakan perbincangan dgn pegawai2 kanan British berkaitan cadangan undang2

· Merupakan tapak asas untuk melatih penduduk tempatan kea rah berkerajaan sendiri dan menjadi proses kea rah perpaduan kaum di Tnh Mel

5.2 PAKATAN MURNI

1. Usaha murni kaun ke arah kerjasama dan tlak ansur politik melalui rundingan

I. Penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum (CL) – UMNO dan MCA

II. Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu

III. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Penubuhan Persidangan kebangsaan, 1953

IV. Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan UMNO & MCA
Pembentukan Parti Perikatan

2. Hasil daripada kerjasana UMNO-CLC ialah:

· Penubuhan RIDA bertujuan memajukan ekonomi pendidikan orang Melayu

· Pemberian Kerakyatan Negeri 1951 kepada imigran yang lahir di Tnh Mel dgn syarat ibu atau bapa adalah warganegara Tnh mel

· Pilihan raya peringkat majlis perbandaran, negeri dan Majlis perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai

5.3 PERIKATAN DAN PAKATAN MURNI KE ARAH KEMERDEKAAN

1. Kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan persekutan 1955 ilaah Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai ketua Menteri dan pembentukan anggota cabinet daripada pelbagai kaum

2. Tunku Adul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke Landon pada bulan Febuari 1956 yg disertai oleh wakli Perikatan dan wakil Raja2 Melayu

5.4 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

1. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956 bertujuan membincangkan dan menyusun Perlembangaan Persekutuan Tanah melayu yang merdeka

2. Isu yang diberi tumpuan oleh Suruhanjaya reid ialah soal kerakyatan secara jus soli

3. Tolak ansur yang dicapai ialah Raja2 Melayu menerima kerakyatan secara jus solisementara kaum lain mengiktirafkan kedudukan istimewa orang Melayu

4. Pelaksanaan tugas Suruhanjaya Reid:

I. Mac 1956 : pembentukan Suruhanjaya reid

II. Feb 1957 : cadanagan Suruhanjaya Reid diterbitkan

III. Mei 1957 : Cadangan Suruhanjaya reid diterima oleh Parlimen British

IV. 17 Ogos 1957: Majlis Mesyuarat Perundanagan Persekutuan mengesahkan cadangan Suruhanjaya Reid untuk memebentuk Perlembagaan kemerdekaan 1957

5. Isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

a. Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat

b. Pembahagian kuasa melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri

c. Pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

d. Tiga bentuk kerakyatan, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang, secara naturalisasi dan melalui permohonan

e. Kedududkan istimewa orang Melayu dikekalkan

f. Agama Islam sebagai agama rasmi

g. Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan

h. Yang di-Pertuan Agong diiktiraf sebagai ketua Negara

i. Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berpalimen

j. Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiram peringkat negeri dengan dibantu oleh Dewan Negeri dan EXCO

Monday, April 2, 2012

Rosli Dhobi

Persekutuan Tanah Melayu 1948

SEJARAH PENUBUHAN MALAYAN UNION

May
24
PENUBUHAN MALAYAN UNION
Oleh
Tun Sheikh Engku Bendahara

Ketika Tanah Melayu diperintah Jepun pada tahun 1943, Pejabat Tanah Jajahan British dan Pejabat India British telah merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah Melayu dan telah dipersetujui oleh kerajaan British di London. British begitu yakin akan berjaya menawan Tanah Melayu semula daripada Jepun berikutan kejayaan Tentera Berikat di Eropah menawan semula beberapa negara daripada Jerman. Bentuk pemerintahan baru ini telah dirangka tanpa perwakilan dan pengetahuan orang Melayu kerana British menganggap kedaulatan Tanah Melayu tidak lagi wujud setelah kalah dalam peperangan. Kerajaan baru ini dikenali sebagai Malayan Union. British menganggap hak mutlaknya untuk menentukan bentuk pemerintahan dan kerajaan Tanah Melayu apabila berjaya mengusir Jepun.

Tujuan utama penubuhan Malayan Union ialah untuk memiliki dan menguasai Tanah Melayu. Tanah Melayu juga ialah sebuah negeri yang kaya dengan sumber ekonomi daripada sumber bumi. Kedudukan geografi Tanah Melayu pula sangat sesuai dijadikan sebagai sebuah negeri pengguna dan agen pasaran barangan dagangan Inggeris di timur. Selain itu, British juga telah menjangkakan akan kehilangan beberapa buah negeri tanah jajahannya akibat Peperangan Dunia Kedua. Daripada pengalaman pentadbiran pula, Tanah Melayu dianggap mudah diperintah kerana orang Melayu dianggap mempunyai budi bahasa yang tinggi, bersikap lemah lembut dan mudah mengikut telunjuk.

Berita rancangan Inggeris menubuhkan Malayan Union telah tersebar luas dalam akhbar-akhbar di India dan London. Berita ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura dan Pulau Pinang kerana terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak menyetujuinya. Ini adalah kerana kemenangan tentera Inggeris adalah dengan kerjasama Tentera Berikat dan Tanah Melayu bukanlah Tanah Jajahan Inggeris. Sebelum perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja Melayu dibawah Dasar Decentralisasi. Malayan Union dikhuatiri akan mengakibatkan huru-hara dan akan merugikan kerajaan British. Untuk mengatasi masalah itu kerajaan British telah menghantar sebuah jawatan kuasa meminta persetujuan Raja-raja Melayu yang diketuai oleh Sir Harold Mac Michael sebaik saja Jepun menyerah kalah.

Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945. Beliau telah berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri Melayu dengan pelbagai muslihat dan ancaman. Beliau juga telah mempergunakan nama dan pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan kembali ke London pada 26 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela daripada raja-raja Melayu.

Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap Singapura telah menjadi milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian dengan Sultan Hussin. Semua bidang kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union termasuk hak menentukan dasar luar negeri diambil alih oleh Gabenor . Raja-raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama dan adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union. Perlembagaan Malayan Union juga mengiktiraf taraf kerakyatan pendatang asing melalui lunas ‘Jus Soli’ mengikut kelahiran dan juga kelonggaran diberi kepada kaum pendatang yang memohon menjadi rakyat Malayan Union.

Sebelum perang meletus, orang Melayu telah terdedah dengan pelbagai pandangan agar pihak Inggeris tidak memperkecil keupayaan dan hak-hak orang Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan. Masalah pendidikan, ekonomi dan pengambilan pegawai dan kakitangan kerajaan dianggap tidak seimbang kerana British mengenepikan orang Melayu. Kerajaan British juga terus membawa masuk sebegitu banyak buruh asing dan hal ini tidak disenangi oleh cendekiawan Melayu kerana mewujudkan keadaan yang tidak seimbang dalam pola masyarakat.

Apabila Sir Harold Mac Michael datang dan berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu berasa yakin bahawa segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan kuasa raja-raja adalah pembohongan belaka. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah ke arah persediaan untuk bekerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana perlembagaan Malayan Union itu sendiri akan melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu.

Dalam suasana kebimbangan dan bercampur marah itu Dato Onn telah diminta mengetuai orang Melayu kerana beliau pernah menyeru supaya orang Melayu bersatu padu untuk membaiki nasib di tanah air sendiri. Gagasan fikiran dan pandangannya di akhbar-akhbar sebelum perang dan cita-citanya untuk menyatupadukan orang Melayu pernah diucapkan ketika menghadiri Kongres Melayu di Singapura pada tahun 1940. Beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang amat sesuai untuk semua golongan masyarakat dari rakyat biasa hingga kerabat diraja termasuk berhadapan dengan pegawai-pegawai tertinggi Inggeris kerana latar belakangnya.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Onn yang baru saja berjaya mengamankan pergaduhan kaum di Batu Pahat segera menyeru perpaduan Melayu melalui akhbar-akhbar untuk menentang Malayan Union. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung pada 3 Januari 1946. Beliau telah menyeru agar orang Melayu segera berkumpul dan bersatu padu dan telah mendapat sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bagi hingga terlangsunglah perjumpaan pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan Melayu dari seluruh negara dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Sebelum itu, seruan Dato’ Onn telah membangkitkan semangat perpaduan Melayu di beberapa negeri dan berjaya mengadakan rapat-rapat umum membantah penubuhan Malayan Union. Di Kuala Kangsar, lebih 25,000 orang telah mengadakan perarakan raksasa membantah Malayan Union pada 15 Januari 1946. Tetapi pada 22 Januari 1946 pihak British tetap meneruskan agendanya mengumumkan penubuhan Malayan Union yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 1946. Dua hari selepas itu, sekali lagi Dato’ Onn menyeru melalui akhbar Majlis mencadangkan pertemuan dan perpaduan Melayu dalm satu kongres disegerakan.

Di merata negara, perarakan-perarakan kecil telah diadakan. Pada 2 Februari 1946 satu perarakan seramai lebih 36,000 orang telah berjaya diadakan di Kota Bharu Kelantan. Di Batu Pahat sendiri telah diadakan perarakan besar-besaran dan seramai 18,000 orang Melayu telah keluar berjalan kaki ke Bandar Batu Pahat mengikut serta menunjuk perasaan membantah Malayan Union pada 10 Februari 1946. Ikrar membantah penubuhan Malayan dibaca oleh Kiai Salleh. Sepanjang perarakan, slogan ‘Hidup Melayu’ terus dilaungkan dan bergema di sana sini. Perarakan yang bermula di Jalan Sultanah berkhir di Padang Pejabat Kerajaan Batu Pahat. Di sini, Dato’ Onn telah berapi-api memberi ucapan menentang Malayan Union dan mengecam kerajaan British sebagai tidak berprikemanusiaan merampas hak orang Melayu..

Di dalam Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946, PEKEMBAR atau UMNO ditubuhkan tetapi kerajaan British tetap berhasrat mengadakan majlis pengistiharan Malayan Union dan perlantikan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gents pada 1 April 1946. Sehari sebelum pengistiharan, Dato’Onn telah mengadakan Mesyuarat Tergempar PERKEMBAR di Kuala Lumpur untuk bertindak mengadakan perarakan dan memujuk raja-raja Melayu memulaukan majlis. Orang-orang Melayu juga diseru supaya berkabung dengan memakai songkok berlilit putih dan berbaju putih selama seminggu. Hal ini telah berjaya dilakukan dan pihak British amat terkejut apabila raja-raja dan pembesar Melayu memulaukannya manakala beribu-ribu orang Melayu berkumpul di hadapan Station Hotel, Stesen Kereta api Kuala Lumpur membantah penubuhan Malayan Union.

Walau pun begitu, British tetap meneruskan rancangannya kerana berasa yakin raja-raja dan pembesar Melayu masih menyokong dan menyebelahi kerajaan British. Jentera kerajaan juga tidak lumpuh kerana majoriti kaum yang berkhidmat dengan British adalah terdiri daripada kaum pendatang. Gabenor yang dipulaukan terus menjalankan tugas tetapi akhirnya berhadapan dengan pelbagai kesulitan apabila raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai tinggi Melayu bersikap berkecuali dan pasif. Beliau mengambil iniasiatif dengan memujuk agar Malayan Union diterima tetapi beliau sendiri berasa simpati kerana kerajaan British dianggap telah bertindak begitu jauh tanpa mempedulikan maruah bangsa Melayu.

Pada 11 Mei 1946, sekali lagi pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan orang-orang Melayu berkumpul menghadiri persidangan di Istana Besar Johor Bahru dan penubuhan PERKEMBAR telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai satu persatuan mewakili seluruh orang Melayu. PERKEMBAR atau UMNO selepas itu telah menyusun secara teratur pelbagai aktiviti membantah Malayan Union hingga akhirnya Britis terpaksa tunduk mengikut kehendak UMNO merangka perlembagaan baru mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan pihak Inggeris pada 21 Januari 1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Mulai dari tarikh itu Malayan Union dibubarkan..

Sumber Rujukan
1. Abu Bakar Hamid ..et al, UMNO Johor 50 Tahun Memartabatkan Bangsa Melayu, , Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 1996.
2. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.), Pejuang Terbilang Johor, Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 2002.
3. Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.), Tokoh Ternama Johor, Yayasan Warisan Johor, J. Bahru, 2003.
4. Buyong Adil, Sejarah Johor, DBP, K. Lumpur, 1980.
5. Ghazali bin Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945, K.Lumpur 1978.
6. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I, Arkib Negara Malaysia, K. Lumpur, 1981.
7. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II, Arkib Negara Malaysia, K. Lumpur, 1982.
8. Ramlah Adam, Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, DBP, K.Lumpur, 1992.
9. Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Pustaka Budiman, K. Lumpur, 1982.
10. UMNO Bahagian Batu Pahat, Sejarah UMNO Suku Abad, UMNO Batu Pahat, 1971.
11. Barbara Watson Andaya and Leonard Y.Andaya, A History of Malaysia, Palgrave, Hampshire, 2001.