Pages

Saturday, November 16, 2013

Thursday, November 14, 2013

Calon KSAH 2013



moga berjaya buat semua calon Kolej Sultan Abdul Hamid

Sejarah SPM 2013 Tamat

Alhamdulillah ... sudah berakhir kertas Sejarah kod 1249. Harapan saya semua anak-anak calon SPM 2013 dapat menjawab sebaik mungkin dan memperoleh keputusan yang cemerlang

Friday, November 8, 2013

Persediaan menghadapai kertas Sejarah 1249/1 dan 1249/2

Assalamualaikum w.m.h.b.k.t

Calon SPM 2013 akan menduduki kertas sejarah pada hari Rabu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya.

Sebagai persediaan, calon mestilah cukup tidur dan jaga kesihatan. Apa pun soalan yang bakal keluar hadapi dengan tenang. Baca soalan semua soalan dahulu . kemudian jawab yang senang terlebih dahulu. Bagi kertas satu , buat pilihan jawapan yang tepat. Potong jawapan yang tidak berkenaan.

Bagi kertas 2, jawab semua soalan. Anda boleh menjawab lebih daripada peruntukan markah. Jangan potong jawapan yang anda tulis jika anda rasa salah. Teruskan menjawab.Bagi soalan esei, buat pilihan soalan dengan tepat. Jangan potong jika rasa salah. Biarkan sahaja.  Jawab tiga soalan sahaja. Selepas menjawab satu bahagian soalan, misala 1 (a), tinggalkan ruang kosong untuk memudahkan anda menambah jawapan. Mulakan jawapan bagi soalan seterusnya pada halaman sebelah, misalnya 1 (b).

Jangan lupa semak semula jawapan anda. Pastikan anda menulis nombor soalan.

Sekian. Moga anda semua berjaya. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dan memohon agar dipermudahkan segalanya.

Kepada anakanda Ku Nur Amirah Ku Azizan, dan Anak saudara Ahmad Zamani Mohd Yusri, serta anak-anak KSAH/Kolej Sultan Abdul Hamid, dan semua calon seluruh Malaysia, diucapkan selamat berjaya.


pecutan sejarah spm sumbangan cikgu zakaria

TAJUK TUMPUAN SEJARAH SPM 2013 KERTAS 2

TAJUK TUMPUAN PANAS SPM 2013
SUMBANGAN NUJUM GUNUNG JERAI
TING.
BAB
TUMPUAN








4
1
@@@
TAMADUN HWANG HO (PETA M/S 28)
-          TUMPUAN KEPADA NAMA BANDAR
-          SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO DALAM PERTANIAN
2
******
-          PETA PERLUASANKUASA TAMADUN AWAL
-          NAMA TAMADUN  AWAL YANG TERLIBAT DALAM PERLUASAN KUASA
-          NAMA TOKOH DALAM TAMADUN ROM/YUNANI /INDIA
-          FAKTOR PERLUASAN KUASA
5
*****
HIJRAH
-          KONSEP /TUJUAN/KESAN
-          PIAGAM MADINAH
-          PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
6
-          CARA PERLANTIKAN KHALIFAH
-          TUGAS KHALIFAH
-          SIUMBANGAN KHALIFAH UMAR DAN UTHMAN
8
******
-          PENGARUH ISLAM DALAM PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN
-          PENGARUH ISLAM DALAM PERDAGANGAN, MATA WANG, PERCUKAIAN
9
****
-          ZAMAN GELAP DI EROPAH/ ZAMAN RENNAISANCE
10
-          PERBANDARAN
-          AKTA TANAH/UNDANG-UNDANG TANAH
-          PENGANGKUTAN
5
1
******
-          SISTEM PENTADBIRAN BARAT
-          BIROKRASI BARAT
-          KESAN

2
****
-          GERAKAN ISLAH
-          PERANAN AKHBAR, MAJALAH DAN NOVEL
-          PERSATUAN2 – PASPAM/KMS/KMM

3
-          CIRI NEGARA BANGSA MALAYSIA DAN MADINAH
-          WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
-          CIRI PENTADBIRAN DI NEGERI SEMBILAN/KONSEP PERSEKUTUAN

5
-          SURUHANJAYA REID
-          ISI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
-          KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1957

6
******
-          SEMUA ASPEK PEMBENTUKAN MALAYSIA

7
-          PERLEMBAGAAN (KELUHURAN/KEPENTINGAN/PROSES PINDAAN
-          MAHKAMAH
-          PILIHAN RAYA

8
******
-          RUKUN NEGARA
-          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
o    LAPORAN RAZAK/RAHMAN TALIB/LAPORAN JAWATAN KUASA KABINET
-          AKTA BAHASA/DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN/SUKAN UNTUK PERPADUAN
-          WAWASAN 2020

9
-          DASAR LUAR
-          NEGARA SELATAN-SELATAN


Thursday, October 24, 2013

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Subjek Sejarah perlu semai cintakan negara

KUALA TERENGGANU 6 Okt. - Pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah-sekolah perlu mencapai objektifnya bagi menyemai semangat patriotik dan kecintaan kepada negara, sekali gus mencetuskan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, usaha itu juga dapat memupuk nilai murni kalangan pelajar, kesetiaan kepada negara, mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin serta sentiasa produktif.
Tambahnya, matlamat pendidikan Sejarah hanya akan boleh dicapai jika pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran itu mampu menarik minat dan perhatian murid atau pelajar.
Beliau turut menarik perhatian tentang langkah Kementerian Pendidikan melaksanakan Dasar Wajib Lulus Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bagi mewujudkan persepsi positif terhadap kepentingan sejarah.
“Saya juga berharap keputusan Kementerian Pendidikan memulakan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah mulai tahun depan diterima sepenuhnya oleh semua pihak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutup Karnival Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sejarah Sekolah Showcase i-Think Sempena Hari Kemerdekaan 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin.
Majlis itu turut dihadiri Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Dr. Masnah Ali Muda; Pengarah Pelajaran Terengganu, Zakaria Hussin dan Guru Besar SK Pusat Bukit Besar, Hanizam Mohamad.
Idris berkata, matlamat pendidikan Sejarah adalah pembinaan bangsa dan negara agar bersatu padu, berpengetahuan selain menghargai negara serta para pemimpinnya.
Mengenai karnival berkenaan, jelas beliau, kejayaan program itu membuktikan Kementerian Pendidikan mendapat sokongan padu pelbagai pihak dalam memperkasakan mata pelajaran Sejarah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan membina jati diri kalangan rakyat.
“Saya rasa semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan program yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi kalangan murid terutamanya dalam subjek Sejarah," tambahnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131007/dn_14/Subjek-Sejarah-perlu-semai-cintakan-negara#ixzz2idZetWCn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 23, 2013

bahan kertas 3 spm 2013 : cadangan jawapan

Contoh jawapan kertas 3
Tema : bab 9 Tingkatan 5
Soalan : Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau memberi manfaat besar dalam pemabngunan dan kecemerlangan Negara masa kini.  Bincangkan.

1.0  Pengenalan ( memahami latar belakang hubungan Malaysia dalam pertubuhan serantau )
Jelaskan secara ringkas tentang hubungan Malaysia dalam pertubuhan serantau.   (5m)

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Sejak mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia iaitu Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961. Pertubuhan seterusnya ialah Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) yang ditubuhkan pada tahun 1963. Seterusnya Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan tahun 1967.  Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.

2.0  Matlamat dan Organisasi
Jelaskan matlamat dan organisasi yang disertai oleh Malaysia sehingga kini di peringkat serantau. (30m)
Persatuan Negara Asia Tenggara (ASA)

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara – negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli – ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan.

Di negara – negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia – Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua – dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis.

Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara – negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang digalurkan semasa penubuhannya termasuklah:

Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.
Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota.
Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara – negara serantau.

Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA (MAPHILINDO)

MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia – Filipina dan Malaysia – Indonesia.

Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua – dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga – tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau rakyat di kedua – dua negeri berkenaan. Hasilnya, majority rakyat di kedua – dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.
3.0  Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau (15m)
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar.

Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

4.0  Sebagai warganegara ASEAN yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda boleh menyumbang kepada keamanan serantau? ( 15 markah)

Sebagai warganegara ASEAN yang bertanggugjawab, saya akan mengamalkan hidup secara bersatu padu. Ini kerana perpaduan akan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan politik. Selain itu, amalan bertolak ansur/ bertoleransi dalam kehidupan adalah sangat perlu untuk melahirkan suasana yang harmonis. Malah saya juga akan melibatkan diri dalam misi keamanan yang dianjurkan dan menghargai keamanan yang dikecapi.

Di samping itu, saya akan sentiasa mematuhi undang-undang dan sentiasa menghormati hak asasi manusia. Situasi ini akan mewujudkan kehidupan yang sentosa. Malahan, saya akan menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar kerana ini akan menyumbang ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera. Justeru, saya juga akan menyokong segala dasar kerajaan yang berkaitan urusan serantau dan menghormati kedaulatan negara lain.

Sebagai warga yang bertanggungjawab saya juga akan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan negara luar dan menguasai pelbagai kemahiran atau kepakaran supaya boleh berperanan memajukan negara. Saya juga akan meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan setiap perkembangan/perubahan yang berlaku. Apa yang penting ialah berbaik-baik dengan rakyat negara luar, menghormati lambang-lambang negara luar dan tidak membuat sebarang ucapan/pendapat yang boleh mengguris hati rakyat negara lain.

5.0  Kejayaan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dalam pertubuhan serantau.

ASA
Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA telah membantu dalam aspek keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penubuhan ASA telah melemahkan gerakan komunis di sempadan Malaysia-Thailand.


MAPHILINDO
Melalui pertubuhan ini , ketiga-tiga buah negara telah berusaha menyelesaikan pertikaian antara Malaysia – Indonesia dan Malaysia- Filipina.

ASEAN
 Penubuhan ASEAN telah meningkatkan perhubungan persahabatan dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malah telah ASEAN turut menjamin keselamatan perairan Malaysia. ASEAN juga memelihara kemakmuran negara melalui sokongan terhadap segala dasar yang telah diputuskan berkaitan keamanan serantau.  Ini dapat dilihat apabila ASEAN enjadi zon bebas senjata nuklear iaitu tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan pelabuhan untuk mengangkut nuklear . ASEAN juga diisytiharkan sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Keadaan ini dapat mengelak campurtangan kuasa-kuasa besar  dan sekali gus mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau.Selain itu juga dapat bertukar-tukar ilmu untuk kemajuan negara seperti bertukar-tukar/ berkongsi kepakaran dengan negara luar bagi menjana kemajuan negara. Kerjasama tersebut ialah memajukan bidang pertanian melalui kerjasama dengan negara Thailand yang maju dalam bidang pertanian. Malahan  prestasi ahli sukan juga ditingkatkan melalui kerjasama dengan negara serantau. Selain itu, Malaysia juga meningkatkan kualiti dan prestasi sektor pembuatan negara melalui kerjasama dengan negara serantau. Sektor perindustrian juga ditingkatkan melalui penggunaan buruh dari negara jiran yang terlibat dalam bidang ini. Malahan  pasaran barangan keluaran negara juga berjaya ditingkatkan .
 Malaysia turut berjaya menamatkan sebarang pertelingkahan antara negara anggota seperti membantu membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea, menyelesaikan krisis Selatan Thailand dan Selatan Filipina serta berusaha menyelesaikan masalah pelarian Vietnam. Selain itu, berusaha menyelesaikan krisis kemanusiaan di Rohinya (Myanmar) dan pelaksanaan demokrasi di Myanmar. Isu politik di Acheh juga berjaya diselesaikan.
 Dari aspek ekonomi, Malaysia berjaya mengawal harga pasaran hasil keluaran dan mendapat tenaga buruh yang murah. Malah terdapat kerjasama ekonomi, sains, dan sosial seperti kerjasama projek perindustrian ASEAN, dan baja urea di Sarawak/Acheh di Indonesia.           Kerjasama baik dalam hal ekonomi dapat membantu meluaskan pasaran barangan tempatan. Selain itu, wujud juga Kerjasama ASEAN+3 , iaitu kerjasama yang wujud antara negara ASEAN mempermudah urusan dengan negara-negara Timur iaitu Jepun, China dan Korea.  Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) turut ditubuhkan.
 Dari aspek sosial, pembukaan pusat serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang dapat meningkatkan mutu pendidikan negara. Penuntut rantau ASEAN meningkat di universiti tempatan boleh memberi pulagan yang baik dari segi ekonomi dan kepakaran. Kerjasama pendidikan (SEAMEO) turut dijalinkan. Malah kerjasama teknikal juga terjalin dengan memberikan dan menyediakan kemudahan latihan, penyelidikan dan teknologi. Tidak ketinggalan kerjasama pelancongan membantu menjayakan usaha Malaysia menjadi pusat pelancongan penting.Kejayaan yang lain ialah kerjasama Kebudayaan di mana lahirnya Festival Kebudayaan dan penubuhan Tabung Kebudayaan serta Tahun melawat ASEAN 1992.Penyertaan dalam Sukan SEA berupaya mempertingkat mutu atlet negara dan meningkatkan prsarana sukan di negara kita.
        [mana-mana jawapan yang munasabah]


6.0  Cabaran dan langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kekal berdaulat. 

i.  Cabaran yang dihadapi Malaysia (5 m)

Cabaran yang Malaysia hadapi ialah masalah pendatang asing yang membanjiri Negara dari Negara-negara jiran sehingga mencetuskan keadaan yang tidak selesa kepada warga tempatan.  Cabaran yang seterusnya ialah jurang perbezaan yang besar antara Bandar dengan luar Bandar dari aspek eknomi dan pembangunan. Seterusnya ialah masalah jenayah yang semakin meningkat yang akan mengganggu ketenteraman dan keharmonian hidup seperti mencuri, merompak, samun,penculikan dan pembunuhan. Selain itu gejala dadah yang akan menyebabkan Negara kehilangan sumber manusia iaitu sumber tenaga mahu pun intelek. Cabaran seterusnya ialah masalah kemelesetan ekonomi dan terlalu berganutng kepada Negara maju.

ii.  Langkah-langkah Malaysia menghadapi cabaran di atas. (5 m)

langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing., iaitu dengan menghadkan kemasukan pendatang asing berdasarkan keperluan. Pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu disekat dengan menguatkkuasakan undang-undang. Seterusnya, pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Bandar dan luar Bandar hendaklah seimbang dengan unjuran kependudukan dan prasarana yang disediakan hendaklah meluas sehingga kawasan luar Bandar. Bagi membendung gejala dadah dan peningkatan jenayah, seharusnya semua pihak memainkan peranan dan bekerjasama bagi membanteras kejadian jenayah dan gejala dadah.  Oleh itu adalah sangat penting memajukan system pendidikan di Negara kita di samping memupuk nilai-nilai murni. Pemimpin pula harus proaktif dan berpandangan jauh untuk memacu Negara kea rah pembangunan yang seimbang mengikut acuan kita sendiri selaras dengan wawasan 2020. Oleh kita bukan sahaja dapat melahirkan modal insan minda kelas pertama, malah pekerja berpengetahuan dan tidak perlu lgi bergantung kepada Negara maju.

7.0   Nyatakan iktibar yang dapat diterapkan daripada hubungan luar demi memajukan negara kita.

Iktibar yang dapat diterapkan ialah kita mesti mempunyai pemimpin berwibawa untuk memajukan Negara. Selain itu kita mestilah mementingkan keselamatan Negara. Malah kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain dan saling bekerjasama antara Negara bagi menjamin keharmonian serantau.
Pengajaran yang lain ialah keadilan sejagat sangat perlu untuk keharmonian serantau dan mempertahan emakmuran bersama. Di samping itu kebergantungan antara Negara perlulah diamalkan. Kita mestilah memelihara keamanan dunia dan kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab serta memelihara kedaulatan Negara tanggungjawab bersama.
Malahan rakyat dan pemimpin mestilah berpengetahuan tinggi dan  mengwujudkan sistem pentadbiran yang mantap. Pengajaran yang paling penting ialah kita mestilah mengutamakan perpaduan dan  kepentingan Negara melalui amalan  semangat tolak ansur antara negara-negara serantau
(Mana-mana jawapan munasabah)

8.0  Rumusan

Banyak pengetahuan yang saya peroleh daripada sejarah perhubungan Malaysia dengan Negara serantau. Antaranya ialah Malaysia sentiasa bersikap proaktif  dan  mengambil langkah yang dinamis dalam strategi dasar luarnya    bagi memastikan Negara dapat terus bersaing dengan negara lain. Malaysia menjadi anggota pertubuhan serantau iaiu ASA, MAPHILINDO dan  ASEAN. Saya juga mengetahui faktor-faktor yang menjadi asas pembentukan dasar luar Malaysia. Selain itu Malaysia banyak memberikan sumbangan dalam pertubuhan serantau dan banyak faedah Malaysia peroleh dengan menganggotai pertubuhan serantau.
Negara kita haruslah mengukuhkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian   sejagat dan  memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam apa  jua pertubuhan yang disertai. Malahan rakyat Malaysia haruslah mengambil ikhtibar daripada kekacauan dan    ketidakharmonian negara lain yang sedang bergolak. Sebagai pelapis kepemimpinan negara saya haruslah mencontohi para pemimpin   Malaysia yang memberi sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan Antarabangsa
Pemimpin negara akan terus menyumbangkan idea dan kepakaran untuk memajukan pertubuhan serantau dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara serantau agar politik dan ekonomi negara terus kukuh.  Harapan saya negara kita akan terus dihormati oleh negara-negara jiran dan bersama-samalah kita memelihara maruah negara


Wednesday, October 16, 2013

BULETIN SEJARAH EDISI 3 KPM

BAHAN SEJARAH KERTAS 3 : ASEAN

Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.

Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar.

Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.

Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.

Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.

Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.