Pages

Tuesday, June 15, 2010

Tamadun Indus

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1. a) Jelaskan tentang tamadun Indus daripada aspek

i. lokasi

ii. proses pembentukan

iii. organisasi social

iv. ekonomi

CONTOH JAWAPAN :

i. Lokasi dan latar belakang

  1. Tamadun terawal di dunia
  2. Terletak di Lembah Indus
  3. Disaliri Sungai Indus
  4. Dikenali sebagai tamadun Harappa.
  5. Muncul sekitar tahun 2500 SM
  6. Merosot pada 1800 SM kerana :

a. Serangan orang Aryan

b. Bencana alam seperti kemarau, banjir dan gempa bumi

Proses Pembentukan

  1. Barat laut India wujud penduduk mengamalkan kehidupan nomad
  2. Kemudian membentuk petempatan kekal sepanjang Sungai Indus
  3. Sungai Indus :

a. Menyediakan sumber air

b. Menyuburkan tanah

  1. Masyarakat Indus pandai sesuaikan diri dengan alam sekitar
  2. Meningkatkan penghasilan pertanian
  3. Membawa kepada pertambahan jumlah penduduk
  4. Ini menyumbang kepada perkembangan Bandar
  5. Contoh Bandar :

a. Mohenjo-Daro

b. Harappa

  1. Bandar pelabuhan ialah:

a. Lothal

b. Sutkagen Dor

Organisasi Sosial

  1. Terbahagi kepada dua golongan :

a. Golongan atasan

b. Golongan bawahan

  1. Golongan atasaan :

a. Pendeta

b. Pedagang

  1. Golongan bawahan :

a. Petani

b. Buruh

  1. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat.
  2. Golongan bawahan memberi ketaatan kepada pendeta
  3. Sejarawan berpendapat pemerintahan dipegang oleh pendeta.
  4. Petani :

a. menjalankan aktiviti pertanian

b. Menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.

  1. Buruh menjalankan kerja perburuhan seperti :

a. Menjaga kebersihan Bandar

b. Membina tembok di benteng

c. Membina terusan

Kegiatan Ekonomi/Pengkhususan Pekerjaan

  1. Pelbagai kegiatan :

a. Perdagangan

b. Pertanian

c. Pertukangan

d. Pembuatan

  1. Aktiviti perdagangan :

a. Perdagangan luar dengan Mesopotamia

b. Bukti melalui cap mohor

c. Hasil perdagangan ialah emas, gading gajah, manic dan hasil pertanian

  1. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti barli dan kacang
  2. Artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barang logam dan tembikar

No comments:

Post a Comment