Pages

Friday, September 28, 2012

Percubaan Melaka 2012 - Skema Jawapan


Struktur
1a) Senaraikan tiga pengaruh Hindu Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan  kerajaan   awal di  Asia Tenggara
F1     gelaran raja
F2     raja di puncak pemerintahan
F3     di bawahnya ada kerabat diraja
F4     pembesar(termasuk ahli agama iaitu Brahmin)
F5     raja berkuasa mutlak
F6     perintah raja adalah undang-undang
F7     sesiapa yang langgar perintah dianggap derhaka.
F8     raja dikehendaki adil kapada golongan yang diperintah
F9     raja dianggap bayangan tuhan (dewa raja)
F10   raja dianggap memiliki kesaktian (metos dan legenda tentang asal-usul
         raja  untuk memperkukuhkan kedudukan)
F11  adat-istaiadat pertabalan raja yang dipimpin oleh Brahmin.
F12  raja akan mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam
         semesta  atau orde kosmos.

1b) Berikan dua kesusasteraan India yang menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat  dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara
F1   Kitab Ramayana
F2   Kitab Mahabrata

1c) Nyatakan dua kepentingan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal
F1   Menulis batu bersurat
F2   menulis kitab-kitab agama
F3   mendalami ajaran Hindu dan Buddha
F4   menulis kesusasteraan
F5   mempelajari ilmu
F6   menjadi bahasa komunikasi kerajaan/diplomatik
F7   menulis hal-hal agama
F8   mencatat doa
F9   mencatat salasilah raja
F10 merekod urusan pentadbiran

1d) Pada pendapat anda,bagaimanakah kita dapat mengasimilasikan kepelbagaianan budaya ini dalam membentuk bangsa Malaysia yang disegani dunia.
F1  membentuk satu budaya kebangsaan
F2  bersikap terbuka
F3  bertolak ansur
F4   saling memahami
F5   saling menghormati antara budaya
F6   sedia menerima teguran dengan hati terbuka
F7   sedia menerima perubahan baru
F8   menyambut semua perayaan bersama-sama
F9   konsep rumah terbuka
F10 saling mengunjung
(Terima mana-mana yang munasabah)
  
2a) Namakan dua buah kerajaaan Islam yang telah  mewariskan  institusi kesultanan yang   diamalkan di Asia Tenggara.
F1    Kerajaan Abbasiyah
F2    Kerajaan Turki Uthmaniyah

2b)Senaraikan tiga nama petugas yang berperanan penting dalam memantapkan pemerintahan   sultan  di Asia Tenggara.
F1    Mufti
F2    kadi
F3    khatib
F4    bilal
F5    pemungut zakat
F6    penyelia baitulmal
F7    penjaga harta wakaf


2c) Nyatakan dua bidang kehidupan  yang menggunakan undang-undang syariah dalam   menjamin   kesejahteraan rakyat dan negeri.
F1     jenayah(mencuri/membunuh)
F2     urusan pernikahan
F3     perniagaan
F4     pembahagian harta pusaka

2d) Pada pendapat anda, mengapakah Islam menggalakkan amalan berjimat cermat dalam  kehidupan kita?
F1    mengelakkan pembaziran
F2    mengelakkan sifat boros
F3    dapat digunakan semasa kecemasan
F4    dapat menabung
(Terima mana-mana yang munasabah)

  
3a) Apakah maksud Gerakan Islah?   

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membentulkan pandangan mereka terhadap Islam.

3b) Namakan dua akhbar yang menjadi saluran gerakan tersebut
F1  Al-Imam
F2. Neracha
F3  Idaran Zaman


3c) Apakah saranan-saranan yang dikemukakan oleh Gerakan Islah?
F1  menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia,
F2   gesaan memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial orang Melayu
F3   Sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam.
F4   Mereka juga mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak
       berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
F5   menubuhkan beberapa buah madrasah
F6   mementingkan pendidikan untuk dunia dan akhirat
F7   mementingkan fardhu ain,
F8   mementingkan Ilmu Hisab,
F9   mementingkan  bahasa Inggeris
F10 gesaan anak perempuan dihantar ke sekolah
F11 bijak dalam perniagaan


3d) Senaraikan dua halangan  yang dihadapi oleh gerakan ini dalam  perjuangannya.
F1   ditentang oleh Kaum Tua
F2   beberapa undang-undang telah dikeluarkan di NNM bagi menghalang
       pengaruh Kaum Muda.
F3   tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam tanpa kebenaran
       sultan
F4   Risalah dan buku Kaum Muda juga tidak dibenarkan di bawa masuk ke
       NNM.

3e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,mengapakah bidang pendidikan diberikan tumpuan   oleh Gerakan Islah?
F1   Dapat meningkatkan taraf hidup
F2   dapat menambah ilmu pengetahuan
F3   dapat melahirkan golongan intelek
(Terima mana-mana yang munasabah)


4a) Berikan tiga langkah yang dilaksanakan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa  Kebangsaan

F1    Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967
F2    1970,bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan
         kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat.
F3    1977,UKM ditubuhkan yang membuktikan BM boleh menjadi bahasa
        Ilmu
F4    1982,BM menjadi bahasa pengantar disemua sekolah menggantikan BI
F5    1990,BM mula digunakan di mahkamah.
F6    pelancaran Minggu Bahasa,Bulan Bahasa
F7    Slogan Bahasa Jiwa Bangsa
F8    penubuhan sekolah yang menggunakan BM


4b) Nyatakan dua prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
F1   kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang.
F2   unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F3  Islam unsur  penting

4c) Bagaimanakah sukan boleh berperanan ke arah memupuk  perpaduan kaum di negara  kita.
F1   Sukan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
F2   Sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
F3   membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat


4d) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan  rakyat negara ini.
F1    mengadakan karnival sukan
F2    menyediakan hadiah yang lumayan
F3    membeli peralatan sukan
F4    ibubapa menggalakkan anak-anak untuk bersukan
(mana-mana yang munasabah)


BAHAGIAN ESSEI


5a)  Jelaskan faktor-faktor  hijrah
F1    perintah Allah menerusi wahyu
F2    Perintah ini berasaskan surah al-Anfal telah mempercepatkanpenghijrahan Nabi Muhammad
F3    niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh nabi
F4    meneruskan penyebaran Islam(strategi)
F5    Di Makkah,ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti  penyebaran Islam
F6    suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah  Islamiah
F7     membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna dapat diwujudkan
F8     jemputan dari masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik
F9    suku Aus dan Khazraj sering bertelagah sesama sendiri
F10  ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi
F11   memerlukan pemimpin yang berkaliber
F12   untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.

b)  Kepentingan hijrah kepada peradaban dunia
F1     Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun   masyarakat Arab
F2     selepas hijrah dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung lagi.
F3     mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa
F4     menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang  Islam Makkah dengan  orang Islam Madinah
F5     hijrah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,budaya dan   
         agama
F6     rasulullah telah membina masjid iaitu Masjid al-Nabawi yang dijadikan
         tempat beribadat dan belajar di samping tempat untuk bertemu dan berbincang
F7    wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
F8    nama Yathrib ditukarkan kepada Madinah al-Munawarah
F9     hijrah juga menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat 
          cemerlang
F10   hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat  Rasulullah
F11  hijrah juga memperlihatkan kaum wanita juga dapat memainkan peranan penting seperti puteri Abu Bakar al-Siddiq,Asma
F12  hijrah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad  yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam
F13  hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam mengatur strategi perjuangan
F14 baginda merancang penubuhan sebuah negara Islam di Madinah dengan
       sebuah perlembagaan yang dinamai Perlembagaan Madinah.


5c) Pada pendapat anda mengapakah berlakunya penghijrahan golongan muda dari luar bandar   ke bandar?

Faktor Menolak
F1   kurang peluang pekerjaan atau kehilangan pekerjaan menimbulkan  masalah pengangguran
F2    mencari pekerjaan kerana jenis pekerjaan di luar bandar terhad
F3    .pendapatan pertanian kurang dan tidak tetap
F4   masalah kekurangan perkhidmatan sosial dan kemudahan awam -  
       perkhidmatan perubatan, pendidikan, dan bekalan air bersih 
F5   kawasan luar bandar kurang tempat hiburan untuk pemuda, kurang pusat beli-belahyang besar, dan tempat rekreasi
F6    taraf hidup di luar bandar adalah rendah

Faktor Menarik
F7  lebih peluang pekerjaan
F8 .keadaan politik yang stabil seperti Malaysia banyak menggalakkan
      penghijrahan penduduk dari Indonesia, Thailand, dan Filipina 
F9 .  kemudahan perkhidmatan sosial dan perkhidmatan awam yang banyak menarik penduduk
F10  kemudahan pengajian tinggi 
F11  maju dalam kegiatan ekonomi  Lembah Klang banyak  menarik penduduk
F12    gaji tinggi dan tetap
F13    taraf hidup tinggi
F14  di kawasan bandar - lebih banyak tempat hiburan untuk  pemuda
F15   banyak pusat beli-belah yang besar, dan tempat rekreasi
M   (Terima Mana-Mana Munasabah)

  
6a)  Apakah ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah?
F1     kemerosotan dalam perdagangan kerana serangan orang Viking dan Magyar
F2     ekonomi dan kehidupan merosot
F3     tumpuan pada ekonomi pertanian
F4     perniagaan barangan pertanian melalui sistem tukar barang
F5     penggunaan mata wang terhad
F6     tidak wujud pentadbiran pusat yang kukuh dan berkesan
F7     kehidupan yang kacau-bilau membawa kemunculan golongan baron
F8     petani meminta pertolongan daripada  tuan tanah
F9     petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah
F10   petani yang tidak mampu akan menyerahkan tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba
F11   Baron dapat perlindungan daripada raja
F12   Baron bayar cukai pada raja
F13   munculnya sistem feudal
F14   Gereja Katholik sangat berkuasa
F15   Gereja mempunyai harta yang banyak
F16   Gereja memberi tumpuan pada amalan agama dan ilmu akhirat sahaja
F17   Gereja mengongkong hidup masyarakat Eropah
F18   kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan
F19   kehidupan di bandar menghadapi kemerosotan


6b)  Jelaskan perubahan yang berlaku pada zaman kemuncak pertengahan
F1     gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal
F2     gereja menjadi ejen penyatuan
F3     berlaku perubahan ekonomi yang ketara
F4     peningkatan aktiviti pertanian
F5     kemunculan perdagangan
F6     kemunculan bandar seperti Milan,Venice dan Florence
F7     Pertambahan penduduk
F8     lahir kelas pertengahan
F9     terdiri daripada artisan,pedagang dan ahli perbankan
F10   status social berasaskan kekayaan
F11   rakyat mula terlibat dalam urusan politik
F12   parlimen diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
F13   memberikan hak politik kepada rakyat
F14   menjalin hubungan rakyat dengan pemerintah

 6c) Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah boleh dilakukan untuk mengelakkan negara kita daripada mengalami zaman kegelapan.
F1        meningkatkan ilmu pengetahuan
F2        mengamalkan sikap bertolak ansur
F3        bersatupadu
F4        melengkapkan diri dengan kemahiran
F5        mengamalkan gaya hidup sihat
F6        melibatkan diri dengan pembangunan negara
F7        mengelakkan gaya hidup negatif
F8        mengamalkan budaya inovasi
M        ( mana-mana yang munasabah)

   

7a)  Jelaskan perubahan konsep kerajaan dan negeri masyrakat Melayu kesan daripada penjajahan Barat.
F1      Dalam perjanjian antara kerajaan Melayu dengan kuasa asing,kerajaan
          disebutkan sebagai negeri dan jajahan takluknya.
F2      British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri
F3      Konsep kerajaan beransur luput
F4      digantikan dengan konsep negeri
F5      British menetapkan sempadan setiap kerajaan.


7b)  Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa yang kita amalkan pada hari ini.
                                                                                                          
F1     Wilayah
H1a   Kawasan tempat tinggal rakyat
H1b   Sempadannya yang diterima umum
F2      Kedaulatan
H2a   Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
H2b   kekuasan ini tidak boleh dihadkan oleh  mana-mana pihak.
H2c   ia juga merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau  pemerintah
H2d   Hak untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
H2e   Hak  menguatkuasakan undang-undang
H2f    mempunyai hak mutlak terhadap  rakyatnya
H2g   memastikan sesebuah negara bebas daripada campurtangan/paksaan/taklukan/ penjajahankuasa asing
F3      lambang
H3a    Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara
H3b    Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
H3c    Bahasa Melayu sebagai  lambang penyatuan negara dan bangsa
H3d    sistem pemerintahan beraja,
H3e    Adat istiadat Melayu, 
H3f     Agama Islam
H3g    merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman KMM
H3h    Kebesaran sultan dilambangkan dengan alat regalia/
           nobat/warna/bahasa/undang-undang/protokol / adat istiadat istana
F4       keunggulan undang-undang dalam pemerintahan
H4a    Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal
H4b    untuk mengawal  masyarakat melalui peraturan yang diwartakan
H4c    untuk memelihara keamanan
H4d    untuk  melindungi rakyat
H4e    untuk menentukan struktur kerajaan,kehakiman,bahasa,agama dan kerakyatan
F5       Rakyat
H5a     merupakan seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
H5b    mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan  dalam wilayah tersebut
F6       Kerajaan
H6a     Merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan
            pentadbiran,
H6b     menjaga  keamanan,
H6c     mempertahankan kedaulatan negara
H6d     menjalin hubungan dengan negara lain


7c) Pada pendapat anda, bagaimanakah hasrat membentuk negara dan bangsa berteraskan 1 Malaysia boleh dicapai?                                                                   
F1     Pelaksanaan pendidikan kebangsaan
F2     Mengamalkan kebudayaan kebangsaan
F3     BM sebagai bahasa kebangsaan
F4     Mengamalkan semangat gotong-royong
F5     Meneruskan amalan konsep rumah terbuka
F6     kegiatan sukan
F7     PLKN
F8     Klinik 1 Malaysia
F9     Kedai Rakyat 1 Malaysia
M     (Mana-Mana yang munasabah)

  
8a)  Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia
Politik
F1     Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia  kerana perkembangan pengaruh sosialis
H1a   Parti Sosialis telah  memenangi plihanrya Hong Lim pada April 1961
H1b   Ancaman komunis telah menjadi alasan yang digunakan oleh LK Yew untuk   mendesak British menggabungkan Singapura dengan PTM
F2      Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei
H2a   Pada masa itu negara tersebut belum mampu berkerajaan sendiri
H2b   Mereka akan dapat menikmati  pembangunan sosial,politik dan ekonomi.
F3      Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonialisasi British terhadap
          negeri-negeri  kecil yang belum membangun
H3a   PTM berpengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh PKM
H3b   Pengalaman sepanjang tempoh darurat dari tahun 1948-1960
H3c   ancaman komunis juga berlaku di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandenstine Communist Organization(CCO)
H3d   CCO bermatlamat untuk  menjadikan Sarawak sebagai negara  komunis.
H3e   Penyertaan Sarawak dalam  Malaysia diharapkan menjadi benteng yang  kukuh bagi menghalang  ancaman  komunis.

Ekonomi
F4      Mewujudkan satu pasaran yang lebih luas
H4a    bagi menggalakkan pelaburan
H4b    dan  perkembangan industri pertanian.
F5       Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkankeistimewaan
H5a    dan sumber bahan mentah yang ada di negeri-negeri ini
H5b    Tanah Melayu  kaya dengan getah dan bijih timah,
H5c     Sarawak dan Sabah kaya dengan kayu balak
H5d    dan Brunei kaya dengan sumber minyak

Sosial
F6        Untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dlm kalangan  negeri anggota
H6a     dengan memasukkan Sarawak,Sabah dan Brunei ke dalam gabungan itu.


8b) Jelaskan reaksi Negara-negara berikut terhadap gagasan Malaysia
       i.   Persekutuan Tanah Melayu                                                         
F1        menganggapnya sebagai satu usaha murni
F2        pengalaman Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka menjadi aset untuk    memajukan Malaysia
F3      kebanyakan menyokong tetapi berbeza pendapat dari segi cara pelaksanaan
F4      Pas dan Barisan Sosialis mahu idea ini dirunding dalam kalangan penduduk.
F5      UMNO bersetuju dengan penggabungan dengan Sarawak,Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
                                                             
        ii.  Filipina                                                                             
F1       Kerajaan Filipina di bawah Presiden Macapagal telah membuat  pengumuman rasmi menuntut hak 
            terhadap Sabah   
F2       Mendakwa Sabah masih milik Kesultanan Sulu
F3       Tuntutan berdasarkan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron Von Overbeck
F4       Baraon Von Overbeck menjual haknya kepada Alfred Dent yang berjaya memperolihi Piagam Diraja   
            British
F5       Syarikat ini dikenali Syarikat Utara Borneo British (SBUB) yang memerintah sehingga kedatangan 
            British
F6       SBUB kemudiannya menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British
F7       Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu iaitu Sultan Esmail Kiram
F8       Filipina telah mengiktiraf penubuhan Malaysia
F9       Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan dengan penubuhan MAPHILINDO.


 8c) Apakah kebaikan penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini.                               
                                                                                                         
F1      Keluasan Negara bertambah
F2      Bilangan penduduk bertambah
F3      Jumlah  etnik bertambah
F4      Pelbagai budaya
F5      Pertahanan negara kukuh
F6      Komunis dapat dibanteras
F7      Penjajahan asing ditamatkan
F8      sumber hasil negara bertambah
F9      meluaskan pasaran Negara
F10    negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan
M       (Mana-Mana yang munasabah)


9a) Terangkan bentuk hubungan luar yang diamalkan  di Malaysia.    
F1       Hubungan bilateral
H1a    hubungan secara terus dengan negara tertentu
H1b    mengutamakan hubungan dengan negara jiran seperti Indonesia,Singapura,Thailand
H1c    hubungan dengan Negara Asia,Afrika,Timur Tengah dan negara  maju.
F2      Hubungan multilateral
H2a    hubungan dalam bentuk kumpulan  dan  pertubuhan
H2b   seperti Komanwel,PBB,OIC,NAM dan ASEAN


9b) Terangkan faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia.                                                                                          
F1        Faktor sejarah
H1a     Sejak Zaman  Kesultanan Melayu Melaka
H1b     telah terjalin hubungan berbentuk perdagangan
H1c     dengan negara luar seperti China,Arab,Siam dan negeri di Kepulauan  Melayu.
H1d      Terjalin hubungan serumpun di kepulauan Melayu termasuklah  Indonesia,Brunei,Singapura
H1e      Malaysia menyertai Petubuhan Komanwel
H1f      dan meneruskan hubungan  diplomatik dengan Britain
H1g      dan negara Komanwel  yang lain.
H1h      Oleh kerana diancam komunis,
H1i       Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan  anti-Komunis
H1j       Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat
H1k      kerana belum mempunyai  keupayaan pertahanan
F2         Faktor ekonomi
H2a      Malaysia mengamalkan pasaran bebas
H2b      menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan  ekonominya
H2c      Malaysia menjalin hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat
H2d      kerana kedua-dua negara merupakan pembeli utama getah dan bijih timah.
H2e      Malaysia menjalin hubungan dengan Jepun dan Korea 
H2f       untuk meningkatkan   pelaburan asing.
H2g      Mengadakan hubungan dengan negara membangun dan negara Islam
H2h      untuk meningkatkan pasaran barangan Malaysia dan pelaburan di  negara   berkenaan
F3         Faktor politik
H3a      Malaysia menekankan dasar pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
H3b      contohnya menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di Asia Barat
H3c      Malaysia berpegang teguh pada prinsip dan piagam PBB bagi   memelihara keamanan dunia
F4         Faktor geografi
H4a      Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik
H4b      dan bersempadan dengan hampir kebanyakan dengan negara serantau
H4c      menyebabkan soal keselamatan serantau mempengaruhi dasar  luarnya
F5         Faktor demografi
H5a      Malaysia menjalin hubungan dengan negara Islam
H5b      kerana majoriti penduduknya beragama Islam 
H5c      Malaysia tiada hubungan dengan Israel
H5d      kerana dasar negara itu yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin
H5e      Sikap komited Malaysia terhadap hak asasi manusia
H5f       menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang  diamalkan di Afrika Selatan


9c) Sebagai generasi pewaris bangsa bagaimanakah anda mahu mengekalkan   kecemerlangan negara 
      Malaysia?                                               
F1        meningkatkan ilmu pengetahuan
F2        mengamalkan sikap bertolak ansur
F3        bersatupadu
F4        melengkapkan diri dengan kemahiran
F5        mengamalkan gaya hidup sihat
F6        melibatkan diri dengan pembangunan negara
F7        mengelakkan gaya hidup negatif
M       (Mana-mana yang munasabah)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment