Pages

Friday, November 8, 2013

Persediaan menghadapai kertas Sejarah 1249/1 dan 1249/2

Assalamualaikum w.m.h.b.k.t

Calon SPM 2013 akan menduduki kertas sejarah pada hari Rabu. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya.

Sebagai persediaan, calon mestilah cukup tidur dan jaga kesihatan. Apa pun soalan yang bakal keluar hadapi dengan tenang. Baca soalan semua soalan dahulu . kemudian jawab yang senang terlebih dahulu. Bagi kertas satu , buat pilihan jawapan yang tepat. Potong jawapan yang tidak berkenaan.

Bagi kertas 2, jawab semua soalan. Anda boleh menjawab lebih daripada peruntukan markah. Jangan potong jawapan yang anda tulis jika anda rasa salah. Teruskan menjawab.Bagi soalan esei, buat pilihan soalan dengan tepat. Jangan potong jika rasa salah. Biarkan sahaja.  Jawab tiga soalan sahaja. Selepas menjawab satu bahagian soalan, misala 1 (a), tinggalkan ruang kosong untuk memudahkan anda menambah jawapan. Mulakan jawapan bagi soalan seterusnya pada halaman sebelah, misalnya 1 (b).

Jangan lupa semak semula jawapan anda. Pastikan anda menulis nombor soalan.

Sekian. Moga anda semua berjaya. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dan memohon agar dipermudahkan segalanya.

Kepada anakanda Ku Nur Amirah Ku Azizan, dan Anak saudara Ahmad Zamani Mohd Yusri, serta anak-anak KSAH/Kolej Sultan Abdul Hamid, dan semua calon seluruh Malaysia, diucapkan selamat berjaya.


5 comments:

  1. Salam sejahtera Cikgu. Bolehkah saya tanya berapa panjang haruslah jawapan bagi Sejarah Kertas 3? Menurut cikgu sekolah saya, kita perlu huraikan setiap isi jawapan. Sekiranya markah soalan itu 10 markah, maka kita perlu menjawab 10 isi + huraian + contoh. Adakah itu cara yang betul? Saya bimbang tidak cukup masa untuk menghabiskan soalan.

    Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera. panduan menjawab telah saya pos. kalau boleh rujuk buletin sejarah yang saya upload. jawab mengikut pruntukan markah. jika soalan meminta terangkan atau huraiakan..mesti ada huraian dan contoh.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu, terima kasih atas maklumat yg dikongsi. saya mohon copy maklumat yg trdapat dlm blog cikgu. byk manfaat yg diterima. terima kasih!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete