Pages

Thursday, November 4, 2010

Tips Persediaan Sebelum Ujian atau Peperiksaan

Berikut merupakan tips untuk anda sebelum Ujian atau Peperiksaan. Harap maklumat ini dapat membantu anda.
  • Guna buku teks sebagai rujukan utama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Beri perhatian kepada sudut maklumat di buku teks
  • Belajar teknik menjawab yang betul (esei) - Fakta, Huraian, Contoh
  • Perbanyak ulangkaji atau latihan topikal
  • Rujuk soalan tahun lepas ( 2004-2009)
  • Fokus kepada soalan KBKK setiap bab
  • Jawab soalan pemahaman dalam buku teks
  • Guna istilah-istilah sejarah dalam ayat lengkap bentuk esei
  • Tulis sebanyak kombinasi jawapan yang anda tahu untuk jawapan Bahagian A (struktur)
  • Lihat jumlah markah diakhir soalan
  • Jawapan esei tiada pengenalan dan penutup
Masalah pelajar semasa menjawab soalan ujian atau peperiksaan (kertas 2) :
  • Tidak dapat menjawab soalan KBKK dengan logik dan munasabah
  • Keliru dengan konsep dan kehendak soalan
  • Menjawab soalan tanpa mengikut urutan dan pecahan soalan
  • Tidak menyatakan pendapat (soalan KBKK)
  • Tidak menguasai fakta-fakta penting soalan
  • Tidak menulis kata kunci/istilah sejarah ( huraian umum)
  • Jawapan pelajar kabur dan terpesong.

No comments:

Post a Comment