Di Rom,sistem sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom,bukan warganegara Rom dan hamba.Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada oang Rom dan bukan warganegara Rom pula ialah penduduk yang ditakluki.
>>PENDUDUK ROM<<
Bahasa dan Kesusasteraan
Dalam tamdun Rom, terdapat 2 orang penulis dan penyajak,iaitu Cicero(106-43 S.M.) dan Virgil(70-19 S.M.).Kesusasteraan Rom umunya bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme.Sastera Rom mencapai zaman keagungannya semasa pemerintahan Augustus Caesar(27-14 S.M.)
>>>CICERO<<<
>>VIRGIL<<
Falsafah
Dalam bidang falsafah, oleh sebab Rom tidak mempunyai ramai ahli falsafah, maka, tamadun ini banyak mengambil falsafah daripada Yunani. Umpamanya, falsafah Rom diasaskan daripadafalsafah stoik atau stoisisme seorang ahli falsafah Yunani, iaitu Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan. Ahli-ahli falsafah Yunani mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.
Plato dalam karyanya, Republic membincangkan bahawa sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah oleh ilmuwan dan ahli falsafah. Aristotle yang menjadi guru kepada Alexander the Great pula dalam karyanya telah membincangkan cara berfikir yang teratur.
SOCRATES- Beliau ialah Bapa Falsafah Barat. Beliau mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat dan pengikutnya. Beliau pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. Beliau berusaha mencari unsur-unsur dlam kehidupan dan masyarakat bahagia. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengna cara meminum racun. Antara pengikutnya termasuklah Plato.
PLATO- Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya. Plato menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates. Perkara asas itu ialah persoalan tentang manusia dan masyarakat. Falsafah Plato ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah. Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun.
ARISTOTLE- Aristotle ialah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang berpengaruh. Beliau telah mencuba mendalami bidang sains dan falsafah. Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia. Antara karya utama beliau termasuklah Politics.
Zeno Socrates Plato Aritotle
Sains dan Teknologi
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga telah disumbangkan oleh tamadun Rom. Bagaimanapun,perkembangan itu bukan digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung,contohnya Boethius,iaitu ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani,beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik,geometri dan astronomi.
>>BOETHIUS<< >>GEOMETRI<<
>>ASTRONOMI<<
Peningkatan Sosial-Pendidikan
Dalam tamadun Rom, pendidikan amat menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom. Sebab itulah Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
Pada peringkat awal perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani. Pusat pentadbiran dan ilmu berkembang dengan pesat di bandar-bandar di seluruh empayar Rom. Pusat pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Pusat pendidikan ini juga telah dapat melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom.
No comments:
Post a Comment