Pages

Tuesday, May 24, 2011

Perkembangan Pendidikan Zaman Yunani

Lakaran wajah tokoh Socrates.

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah kesan daripada perkembangan pendidikan zaman peningkatan tamadun Yunani ?
F1 banyak sekolah falsafah dibina
F2 Athens menjai pusat cendikiawan Yunani
F3 lahirnya sejarawan
F4 contohnya Thucydides dan Herodotus
F5 lahirnya pemikir dalam bindang sains dan teknologi
F6 contohnya Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras
Mata wang zaman Yunani.

Latihan Soalan Struktur
1- Mengapakah negara-negara kota di Yunani menumpukan kepada aktiviti perdagangan ?
F1 bentuk muka bumi bergunung-ganang
F2 tidak sesuai untuk pertanian
F3 kekurangan tanah untuk pertanian
F4 peningkatan dalam perdagangan dengan kawasan luar
F5 terutamanya melalui jalan laut
F6 menghadapi masalah kekurangan makanan
F7 terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar
F8 Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam
F9 di kelilingi oleh Laut Mediterranean dan Laut Aegean

Sumbangan Alexander The Great

Kuil Artemis - salah satu seni bina dalam tamadun Yunani.

Latihan Soalan Struktur

1- Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan empayar Yunani ?
F1 meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani
F2 meluaskan lagi jajahan takluk Yunani
F3 menaluki empayar Parsi
F4 menguasai seluruh kawasan Lautan Mediterranean
F5 menyebarkan kebudayaan Hellenistik

Julius Caesar dan Sistem Pemerintahan Rom


Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom.
F1 meluaskan kuasa ke Mecedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britian) dan beberapa kawasan di Jerman
F2 menjalankan pemerintahan bercorak empayar
F3 membentuk pemerintahan berpusat
F4 menyatukan wilayah kecil yang ditalukinya
F5 menamatkan pemerintahan republik
F6 menguasai angkatan tentera dan senat
F7 mengisytiharkan dirinya dikator
F8 menggunakan gelaran Maharaja

Empayar Maurya Dalam Tamadun India


Latihan Soalan Struktur

1- Jelaskan perkembangan pembentukan Empayar Maurya dalam tamadun India.
F1 pengasas Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya
F2 cara membentuk empayar ialah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F3 Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharja
F4 kawasan Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
F5 ibu negara terletak di Pataliputra
F6 zaman kegemilangan Empayar Maurya ialah pada zaman Maharaja Asoka
F7 sebab kegemilangan kerana Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara
F8 Asoka berjaya menaluki negeri Kalinga
F9 kesan Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial
F10 dasar penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F11 pembaharuan Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan

2- Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan Empayar Maurya.
F1 menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F2 mengubah status raja kepada Maharaja
F3 meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Kush
F4 menajdikan Pataliputra sebagai ibu kota

3- Nyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan Empayar Maurya.
F1 menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya
F2 menaluki negeri Kalinga
F3 menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F4 menjalankan penalukan melalui penyebaran agama Buddha
F5 membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahan

Binaan Dalam Tamadun Athens

Latihan Soalan Struktur



1- Acropolis merupakan pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens.
Apakah binaan yang terdapat di dalam acropolis ? [2m]
F1 rumah berhala
F2 teater
F3 parthenon
[mana-mana 2]

2- Pantheon merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.
Apakah fungsi binaan ini ? [2m]
F1 memuja patung dewa
F2 menyimpan patung dewa

Latihan Soalan Struktur

1- Namakan dua negara kota yang terdapat di Yunani. [2m]
F1 Athens
F2 Sparta


2- Namakan sistem pemerintahan yang diperkenalkan di
(a) Tamadun Yunani [1m]
(b) Tamadun Rom [1m]

(a) F1 demokrasi
(b) F1 republik

3- Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan yang diperkenalkan itu. [3m]
F1 terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F2 semua warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
F3 Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
F4 segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
F5 Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri
[mana-mana 3]

4- Apakah peranan yang dimainkan oleh Dewan Senat di Rom ? [3m]
F1 Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk suatu tempoh
F2 diwakili oleh golongan bangsawan
F3 membincangkan hal-hal pentadbiran
F4 merangka perundangan
F5 seseorang perlu menjadi seorang praeotor terlebih dahulu
[mana-mana 3]
Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan fungsi alatan berikut yang diperkenalkan dalam Tamadun China. [2m]
(a) tenggala
(b) kolar kuda

(a)
F1 membuat batas tanaman

(b)
F1 menarik tenggala kayu
F2 menarik kereta kuda
F3 menarik kereta sorong beroda
F4 menarik kenderaan
F5 menarik beban
[mana-mana 1]


2- Apakah yang dimaksudkan dengan Jalan Sutera Darat ? [2m]
F1 hubungan perdagangan antara China dengan India
F2 jalan bermula di Barat iaitu di Rom
F3 jalan merentasi kawasan Asia ke India
F4 jalan dihubungkan terus ke China
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

Tamadun India

Latihan Soalan Struktur



1- Apakah yang dihasilkan oleh pusat perdagangan Anga, Kalinga dan Karusu ? [2m]
F1 senjata
F2 emas
F3 berlian
F4 gading gajah
F5 mutiara
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

2- Mengapakah wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenal sebagai sresthin di setiap bandar ? [2m]
F1 mengawal harga
F2 mengawal gaji pekerja
F3 mengawal kualiti barangan
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

3- Di manakah pusat perusahaan membuat sutera ? [2m]
F1 Bengal
F2 Benares
Soalan Latihan Struktur

1- Mengapakah masyarakat Athens memberi tumpuan kepada bidang pendidikan ? [2m]
F1 melahirkan manusia yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani
F2 melahirkan manusia cemerlang yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
F3 menganggap hanya manusia cemerlang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

2- Nyatakan bentuk pendidikan yang terdapat di negara kota Sparta. [2m]
F1 melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota
F2 mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata

3- Apakah ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom ? [3m]
F1 tumpuan kepada aplikasi ilmu yang praktikal untuk membina kemudahan awam yang bermanfaat kepada rakyatnya
F2 pendidikan turut mementingkan semangat setia kepada Rom
F3 pada peringkat awal, banyak menyerap unsur dari tamadun Yunani
F4 melahirkan jurutera, ahli falsafah dan sejarawan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

4- Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam dalam tamadun China. [3m]
F1 tahap pertama atau Hsiu Tai (Ijazah Pertama)
F2 tahap kedua atau Chun-Jen (Ijazah Sarjana)
F3 tahap ketiga atau Chin Shih (Doktor Falsafah)


Pendidikan Dalam Tamadun China

Latihan Soalan Struktur



1- Apakah matlamat utama pendidikan di China ? [1m]
F1 lulus peperiksaan awam kerajaan

2- Apakah pekerjaan yang dapat dilakukan oleh mereka yang lulus dalam peperiksaan awam China bagi tahap [2m]
(i) ijazah pertama
(ii) ijazah ketiga
F1 pegawai kerajaan
F2 pendidik

3- Berapa lamakah seseorang calon itu akan dikurung ? [1m]
F1 tiga hari

4- Apakah hukuman yang dikenakan kepada calon yang meniru ? [1m]
F1 hukuman mati

5- Mengapakah pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan ? [1m]
F1 mengelakkan berlakunya penipuan

No comments:

Post a Comment