Pages

Wednesday, May 11, 2011

Tamadun Rom

Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber,di Lembah Latium. Lembah ini didiami oleh masyarakat Laitum.Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaaan hidup di bandar. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas,rumah ibadat,teater,sarkas,tempat berdialog(forum),rumah mandi awam dan istana.
Antara bandar di bawahpemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini.Misalnya,di Pompei terdapat pejabat,dewan orang ramai,mahkamah,perpustakaan,rumah ibadat,kedai,pintu gerbang dam colloseum(binaan bulat tanpa atap,tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).Pada tahun 80 M.,bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50000 orang. Selain itu,terdapat juga sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang mellibatkan 14 buah saliran atau terusan. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan airdapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan,selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

No comments:

Post a Comment