Pages

Monday, July 5, 2010

Contoh Jawapan Esei

Bab 7
Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia

Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai ketua negara. Baginda juga memainkan peranan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga meruapakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.

Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Pelaksana (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Baginda juga berkuasa melantik Perdana Menteri serta melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dengan nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong juga melantik Peguam Negara dan Ketua Audit Negara serta mentauliahkan duta negara. Baginda juga melatik Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya Piliha Raya (SPR), Perkhidmatan Kehakiman dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Yang di-Pertuan Agong juga berperanan memelihara hak istimewa orang Melayu dan mengisytiharkan undang-undang darurat jika keselamatan negara terancam. Baginda juga berkuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Di samping itu, baginda juga boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat mengenai kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Malah baginda juga berkuasa mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalhan di Mahkamah Tentera.

No comments:

Post a Comment