Pages

Wednesday, October 17, 2012


PANDUAN KBKK MESTI JAWAB
1. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?
• Menaiktaraf institusi pengajian tinggi
• Mengadakan program berkembar dengan negara luar
• Membawa masuk tenaga pengajar luar
• Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia
• Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar
• (mana-mana jawapan munasabah)

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi 
    menghadapi dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
• Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
• Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
• Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
• Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
• Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
• (mana-mana jawapan munasabah)

3. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
• Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
• Mengharumkan nama Malaysia
• Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
• Mengadakan kempen kesedaran
• Mempromosikan keindahan Malaysia
• (mana-mana jawapan munasabah)

4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan 
    diri dalam sambutan hari kemerdekaan  negara?
• Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
• Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
• Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
• Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
• Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah  setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?
• Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
• Menwujudkan masyarakat bersatupadu
• Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
• Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
• Bangga menjadi rakyat Malaysia
• mana-mana jawapan munasabah)

6.  Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, 
    apakah bentuk bandar yang anda impikan?
• Bandar berbentuk moden
• Bandar yang bersih
• Sistem perhubungan moden, pantas
• Sistem perumahan eletronik
• Selamat dan aman
• Seni bina yang unik
• mana-mana jawapan munasabah
7.  Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War 
     untuk menguatkan kecemerlangan diri?
• Strategi menangani musuh
• Taktik dalam urusan perniagaan
• Menjadi seorang yg tabah dan tegas
• Membentuk disiplin diri
• Memupuk semangat juang
• Memupuk daya saing
• mana-mana jawapan munasabah

8.  Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
• Menjaga keamanan negara
• Mengekalkan kemerdekaan negara
• Menegakkan keadilan
• Mewujudkan perpaduan
• Mengukuhkan kedudukan raja
• Membendung tindakan liar
• Menjamin kemakmuran negara
• mana-mana jawapan munasabah
9.  Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
• Menghormati kedaulatan negara lain
• Melanggar hak asasi manusia
• Mematuhi piagam PBB
• Mengelakkan kematian
• Mengelakkan kemusnahan alam
• Mengelakkan keamanan sejagat
• mana-mana jawapan munasabah

10.   Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
• Menguasai ilmu pengetahuan
• Mengamalkan amalan kreatif
• Mempunyai sifat inovatif
• Menggunakan teknologi terkini
• mana-mana jawapan munasabah

11.   Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
• Mempunyai kreativiti
• Berfikiran terbuka
• Mementingkan pendidikan
• Bersifat daya saing
• Bersemangat patriotik
• Hidup bersatupadu
• mana-mana jawapan munasabah

12.  Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan 
      seharian untuk kecemerlangan diri.
• Malas kepada rajin
• Nakal kepada baik
• Berfikiran negatif kepada positif
• mana-mana jawapan munasabah

13.  Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
• Menjamin keharmonian hidup
• Menjadi panduan mentadbir
• Perjalanan masyarakat tersusun
• Menentukan hukuman kesalahan
• Menjadi panduan pentadbiran
• mana-mana jawapan munasabah
14.  Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
• Lambang jati diri bangsa
• Bukti ketinggian tamadun
• Sumber pekerjaan
• Warisan bangsa
• Mengelakkan kepupusan
• mana-mana jawapan munasabah

15.  Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
• Menyerapkan nilai moral
• Merapatkan hubungan kekeluargaan
• Mewarisi tradisi keluarga
• Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
• Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
• mana-mana jawapan munasabah

16.  Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
• Perubahan dalam pemikiran
• Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
• Melahirkan keyakinan diri
• Menggunakan keupayaan minda
• Sifat inkuiri
• Berani meneroka bidang baharu
• Bersikap kreatif
• bersikap inovatif
• mana-mana jawapan munasabah

17. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk 
      menghalang berlaku imperialisme moden?
• Memajukan pendidikan
• Membangunkan teknologi
• Menjadi negara maju
• Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
• Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
• mana-mana jawapan munasabah

18.  Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
• Semangat kental
• Pengorbanan tinggi
• Perpaduan rakyat
• Kebijaksanaan pemimpin
• Sifat kepimpinan berwibawa
• Berilmu pengetahuan
• Penggunaan pelbagai strategi
• mana-mana jawapan munasabah

19.  Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita 
      sehingga rakyatnya berbangga sebagai bangsa Malaysia?
• Politik stabil
• Rakyat bersatu
• Kebebasan bersuara
• Negara aman
• Ekonomi maju
• Mampu menghantar angkasawan
• Pencapaian sukan bertaraf dunia
• Mempunyai kereta nasional
• mana-mana jawapan munasabah
20.  Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
• Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
• Perlu adanya perpaduan
• Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
• Berhati-hati dengan tindakan orang asing
• Pentingnya pemimpin berwibawa
• mana-mana jawapan munasabah
21.  Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
• § Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
• § Rundingan antara kaum
• § Pakatan murni
• § Mengambil kira isu sebagai panduan
• § Memelihara kepentingan semua kaum

22.  Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
• pemimpin berwibawa
• Tanpa pertumpahan darah
• Sikap bekerjasama antara kaum
• Mengutamakan perundingan
• Musyawarah
• Melalui pakatan murni
• Melalui pilihanraya
• Mengamalkan tolakansur
• Melalui perjanjian
• mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh 
      dari  penubuhan Malaysia kepada rakyat hari ini?
• Keluasan negara bertambah
• Bilangan penduduk bertambah
• Pertahanan negara lebih kukuh
• Komunis dapat dibanteras
• Penjajahan asing ditamatkan
• Merapatkan hubungan antara kaum
• Memperkayakan budaya negara
• Meluasakan pasaran
• mana-mana jawapan munasabah

24.  Mengapakah jata negara penting kepada negara? /
      Mengapakah negara mempunyai bendera kebangsaan?
• Lambang rasmi negara
• Identiti sesebuah negara
• Kebanggaan warga negara
• Lambang perpaduan
• Lambang kedaulatan negara
• Pemangkin semangat patriotik rakyat
• mana-mana jawapan munasabah

25. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip
      Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
• Mengamalkan agama dan kepercayaan
• Setia kepada raja dan negara
• Tidak menderhaka kepada raja dan negara
• Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
• Menghormati undang-undang
• Bersopan dan Bertatasusila
• Mengamalkan nilai-nilai murni
• Saling menyayangi
• mana-mana jawapan munasabah

26.  Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
• Bahasa yang sama
• Sukatan pelajaran yang sama
• identiti kebangsaan
• perasaan kekitaan
• sikap tolak ansur
• budaya yang sama
• Mempertingkatkan kualiti kehidupan
• Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• semangat patriotik
• Aktiviti sukan
• mana-mana jawapan munasabah

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
• Menyahut sembilan cabaran
• Terlibat dalam pengisian wawasan
• Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
• Mengekalkan kemajuan negara
• Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
• Menguasai kemahiran IT
• Berinovasi dan kreatif
• Berdisiplin baik
• mana-mana jawapan munasabah

28.  Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia 
       membangunkan sektor pendidikan?
• mencapai perpaduan
• menghasilkan sumber tenaga manusia
• melahirkan tenaga kerja mahir
• mengatasi buta huruf
• mendisiplinkan pelajar
• menjadikan Malaysia negara maju
• mana-mana jawapan munasabah

29.  Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara
       menggubal dasar luar?
• menjamin keselamatan/keamanan
• Mengekalkan kedaulatan negara
• Menggalakkan pembangunan ekonomi
• Mengekalkan keamanan sejagat
• Mengukuhkan pertahanan
• Membina rangkaian perdagangan
• Menggalakkan pelaburan asing
• Menghapuskan ancaman komunis
• mana-mana jawapan munasabah

30.  Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
• kepemimpinan yang berwibawa
• mengukuhkan sumber kewangan
• bertindak dalam satu suara/satu pasukan
• tegas menghadapi masalah
• kerjsasama antara pemimpin
• mana-mana jawapan munasabah

2 comments: