STRATEGI
SKOR A SEJARAH SPM
Berapakah
markah minimum yang anda perlu kutip untuk dapat A dalam Sejarah SPM ?
Kertas 1 : 32
markah
Kertas 2 : 67
markah
JUMLAH : 99
markah
Peratus : (99
X 100)/140 = 71%
Gred : A-
Dari manakah
anda perlu kutip markah tersebut ?
Tahukah anda
bahawa Kertas 1 Sejarah SPM 2010 mengandungi :
15 soalan
yang diulang daripada soalan SPM tahun-tahun lepas ?
Hanya 10
soalan sahaja yang dikategorikan sebagai soalan aras tinggi ?
Lebih
daripada 15 soalan yang dikategorikan sebagai soalan aras rendah !
Mengapakah
anda tidak memberikan fokus untuk mengutip 15 markah daripada soalan ulangan
SPM dan 15 markah daripada 15 soalan mudah (aras rendah) ? Di sini anda dapat
kutip 30 markah! Kalau anda berjaya betul 2 soalan sukar (aras tinggi), maka
anda sudah memperoleh syarat yang cukup untuk dapat A. Tumpu dan ulangkaji bab
yang mudah bagi anda. Tumpukan 15 Bab yang anda mudah. Daripadanya akan ada 30
soalan. Bergantung pula kepada keupayaan anda merancang strategi mengutip
markah daripada Kertas 2.
Tahukah anda
bahawa Kertas 2 Sejarah SPM 2010 mengandungi :
Soalan KBKK
yang menawarkan antara 28 hingga 30 markah.
Soalan UMUM
yang menawarkan antara 30 hingga 35 markah.
Soalan
Khusus yang menawarkan antara 35 hingga 42 markah.
Jika anda
mengutip 28 markah soalan KBKK + 30 markah soalan UMUM + 10 markah soalan
KHUSUS, anda sudah layak untuk SCORE A Sejarah SPM.
Soalan KBKK
dan Soalan UMUM, anda boleh fikir maklumat secara logik. Luahkan sahaja,
rambang pun tak apa. Biar berani kelentong secara logik. Dalam banyak-banyak
kelentong, tentu ada yang ’terlanggar’ skema. Cuma soalan KHUSUS yang anda
perlu hafal maklumatnya.
No comments:
Post a Comment